loading...

Intan Liana Akui Kesian Lihat Ude Dikecam Tapi…

Jika diikutkan, sehingga kini tindakan Ude mahu memfailkan penceraian terhadap isteri pertamanya, Intan Liana setelah berkahwin dengan Izreen Azminda ternyata membuatkan warga laman sosial bengang. Perkara itu dalam masa turut mendapat perhatian dari Intan sendiri.

BACA: Intan Liana Mula Dapat Tawaran Duta Produk

Selain itu, wujud juga page (laman) dan juga profil di laman sosial yang memberikan sokongan sepenuhnya kepada Intan dalam perkara ini. Bagi Intan, walaupun mengakui dia terluka dengan tindakan suaminya itu, perasaan simpati tetap wujud – tetapi – apa yang terjadi adalah di atas tindakan suaminya sendiri.

“Saya akui tiada hak untuk menghalang masyarakat berbuat demikian tetapi kami masih bergelar suami isteri sehingga keputusan dibuat pada 22 Mac ini. Perasaan kasihan tetap ada namun kecaman itu dibuat kerana tindakannya sendiri”

“Saya juga tidak mahu isu itu membuatkan keluarga Ude menyalahkan saya kerana saya tidak pernah minta mana-mana pihak buat laman terbabit. Sebelum ini pun saya hanya jawab jujur apa yang disoal pihak media,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam perkembangan terbaru, Intan menjelaskan bahawa dia kini bersetuju untuk menerima apa saja tawaran yang sesuai demi menyara dua anaknya dengan syarat dia perlu tampil sopan dan tidak menimbulkan makian dari warga laman sosial di kemudian hari. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...