loading...

Dijangkiti Influenza B, Ini Perkembangan Terkini Wany Hasrita

dijangkiti influenza b ini perkembangan terkini wany hasrita 1

Kredit foto: Instagram Wany Hasrita

Penyanyi Wany Hasrita, 26, dijangkiti Influenza B disebabkan faktor persekitaran dan cuaca yang tidak menentu.

Menurut ibu Wany, Norita Jaafar, 57, kesihatan anak tunggalnya itu masih berada di bawah pemantauan doktor.

"Setakat ini, demam Wany sudah kurang dan dia pun ada selera makan. Cuma, doktor masih lagi memantau suhu demam dialami kerana 'on off'.

"Dibimbangi demam itu menyerang lagi. Maklum sajalah, Influenza B agak bahaya. Apapun, saya mohon peminat turut sama mendoakan Wany segera pulih," katanya sebagaimana dilaporkan portal Harian Metro.

Dalam pada itu, Norita tidak mengetahui bila Wany akan dikeluarkan dari hospital kerana masih tiada kata putus daripada doktor.

dijangkiti influenza b ini perkembangan terkini wany hasrita 2

Kredit foto: Instagram Wany Hasrita

"Cuma, doktor ada memberitahu saya, cuaca dan persekitaran iaitu berada di tempat awam yang ramai orang menjadi antara faktor Wany dijangkiti Influenza B.

"Jadi, apabila dibenarkan balik ke rumah nanti, Wany perlu di kuarantin seketika termasuk menggunakan penutup hidung dan mulut jika dia mahu ke mana-mana.

"Doktor juga menasihatkan Wany supaya lebih peka menjaga kesihatan diri selepas pulih nanti. Termasuk, makan ubat dibekalkan dengan teratur," katanya.

Sebelum ini, Norita memaklumkan pemilik nama penuh Nurshazwany Hasrita Hasbullah itu sudah lima hari demam panas, namun tetap melaksanakan komitmennya untuk menjayakan persembahan yang dipersetujui lebih awal.

Bagaimanapun, penyanyi yang meledak dengan lagu Menahan Rindu itu akhirnya dikejarkan ke hospital selepas demam tidak kebah, sakit badan, sendi dan suara yang terganggu.

Lanjutan itu, aktiviti seninya terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir oleh pihak pengurusan syarikat rakaman demi memberi laluan kepada beliau untuk mendapatkan rawatan susulan.

Previous
Next Post »
loading...