loading...

AirAsia Puji Kepimpinan, Dasar Najib

SEPANG – AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah terkemuka dan terbesar di Asia, memuji kepemimpinan dan dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membantu dan menyokong syarikat penerbangan itu untuk menjadi peneraju dunia dalam sektor penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes berkata, syarikat penerbangan itu yang bermula dengan dua pesawat 16 tahun lalu, telah berkembang berikutan dasar kerajaan dan pemimpin yang mengutamakan rakyat.

“Kami menjadi orang yang amat mempercayai dasar anda … Kami tidak akan berada di mana kami hari ini jika tidak disebabkan kebijaksanaan dan wawasan anda dan kami mengharapkan pertimbangan baik anda mengenai cara terbaik untuk membentuk persekitaran kos ideal untuk syarikat penerbangan kos rendah seperti AirAsia, bukan sahaja untuk berkembang tetapi berkembang maju demi kebaikan negara,” katanya pada pelancaran rasmi ibu pejabat AirAsia, RedQ, oleh Najib di sini, hari ini.

Fernandes berkata, rakyat mengiktiraf dan menghargai kekuatan dan kesungguhan yang ditunjukkan Najib dalam menangani masalah terbesar negara ini di mana orang lain telah gagal atau takut untuk menghadapinya.

Sementara itu, Fernandes berkata, AirAsia menamakan Najib sebagai ‘Bapa Perjalanan Udara Tambang Rendah’ berikutan sumbangan berterusannya kepada syarikat penerbangan kos rendah tersebut.

Beliau berkata, ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri, beliau bersetuju untuk menurunkan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) di Terminal Syarikat Penerbangan Kos Rendah (LCCT) daripada RM35 kepada RM25 padaJun 2007.

“Terima kasih kepada langkah yang berani itu, walaupun hanya tinggal enam bulan lagi pada tahun itu, kita melihat trafik penumpang di LCCT melonjak 31 peratus kepada 7.6. juta daripada 5.8 juta pada 2006,” katanya,

He said when Najib was deputy prime minister, he agreed to lower Passenger Service Charge (PSC) at Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) daripada RM35 kepada RM25 pada Jun 2007.

“Terima kasih kepada langkah yang berani itu, walaupun hanya tinggal enam bulan lagi pada tahun itu, kita melihat trafik penumpang di LCCT melonjak 31 peratus kepada 7.6. juta daripada 5.8 juta pada 2006,” katanya,

Beliau berkata, trafik penumpang akan terus berkembang pada kadar tahunan 25 peratus sebelum turun kepada 13 peratus setahun selepas PSC dinaikkan kepada RM32 pada November 2011.

Fernandes berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia sebanyak 5.9 peratus, pengangguran rendah pada 3.3 peratus, 2.26 juta pekerjaan yang diwujud sejak 2009, adalah antara kisah kejayaan di bawah kepemimpinan Najib.

Sementara itu, beliau berkata, AirAsia memerlukan terminal kos rendah untuk menjadikannya syarikat penerbangan terbesar di Asia dan dunia.

“Ini adalah mengenai rakyat. Kisah kejayaan AirAsia adalah baik untuk Malaysia dan menyumbang kepada peningkatan taraf hidup yang disasarkan perdana menteri,” katanya. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...