loading...

Bas Jatuh Gaung Di Peru 7 Maut

LIMA – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala kira-kira 40 lagi cedera pada Rabu selepas sebuah bas terjunam ke gaung sedalam 100 meter di daerah Puquio dalam wilayah Lucanas di selatan Peru.

Datuk bandar tempatan, Wilber Valverde, memaklumkan stesen radio Peru, RPP, bahawa nahas itu berlaku pada kira-kira 7 pagi Rabu.

Menurut laporan stesen radio itu, empat lelaki dan tiga wanita terbunuh manakala mangsa yang cedera telah dikejarkan ke beberapa hospital di bandar Ica, dengan beberapa orang dalam keadaaan kritikal.

Polis lebuh raya, yang bertanggungjawab menjalankan siasatan, berkata punca nahas sama ada pemandu bas terlelap atau kegagalan mekanikal.

Polis dan anggota bomba kini bertungkus-lumus mengeluarkan mayat, yang dirumitkan oleh lanskap serta bentuk muka bumi di kawasan nahas.

Peru telah menyaksikan beberapa tragedi maut membabitkan bas tahun ini.

Lima puluh dua orang maut pada awal Januari selepas bas antara wilayah yang mereka naiki terjatuh ke gaung sedalam 400 meter, yang terletak 48 kilometer di utara Lima.

Sebulan kemudian, sebuah lagi bas terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di selatan wilayah Arequipa, yang meragut nyawa 44 orang. – BERNAMA-NNN-XINHUA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...