loading...

Rujukan Fatwa dan Dalil, LGBT Layak Terima Zakat – Pensyarah

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Berdasarkan kajian golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender atau lebih dikenali sebagai LGBT layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan zakat Al-Riqab namun mestilah berdasarkan kriteria dan syarat ditetapkan.

Menurut Timbalan Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Madya Dr Azman Ab Rahman, kajian yang dilakukan bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2013 hingga 2015 yang telah meneliti semua fatwa dan dalil berkaitan, pemberian zakat itu dibolehkan selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak.

“Objektif kajian ini dijalankan untuk melihat sama ada golongan LGBT layak untuk menerima zakat atau sebaliknya termasuk fatwa-fatwa berkaitan dengannya. Hasil kajian yang dijalankan mendapati golongan LGBT di Malaysia boleh dipertimbangkan untuk dikategorikan (masuk) dalam asnaf Al-Riqab berdasarkan ‘illah’ (sebab) mereka dibelenggu masalah (LGBT).

“Implikasi kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada institusi zakat dan Majlis Agama Islam negeri yang lain selain Selangor dalam melihat semula kedudukan LGBT sebagai penerima zakat sama ada mereka ini layak diberikan zakat atau sebaliknya,” katanya.

Baru-baru ini Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dipetik sebagai berkata golongan yang terbelenggu dengan gaya hidup songsang seperti lesbian, gay, mak nyah dan pelacur merupakan antara penerima bantuan zakat Al-Riqab di Selangor.

Antara golongan yang turut tersenarai sebagai penerima asnaf Al-Riqab adalah homoseksual, gigolo, biseksual, pengkid, tomboy dan mereka yang bersedudukan dengan orang bukan Islam.

Previous
Next Post »
loading...