loading...

Usaha Dakwa Suu Kyi Di Australia Gagal

SYDNEY- Tindakan undang-undang terhadap pemimpin umum Myanmar, Aung San Suu Kyi, di Australia atas dakwaan melakukan jenayah kemanusiaan di negaranya gagal kerana beliau mempunyai imuniti.

Sekumpulan lima peguam Australia memfailkan permohonan persendirian di Mahkamah Majistret Melbourne mahu mendakwa Suu Kyi berhubung layanan ke atas minoriti Islam Rohingya.

Ia sempena kedatangan pemenang Nobel Keamanan itu ke sidang kemuncak khas pemimpin Asia Tenggara di Sydney.

Peguam Negara Australia, Christian Porter, berkata Suu Kyi tidak boleh didakwa di Australia, ditangkap atau ditahan.

“Aung San Suu Kyi mempunyai imuniti. Menurut undang-undang antarabangsa, ketua negara, ketua kerajaan dan Menteri Luar mempunyai imuniti daripada prosiding jenayah di luar negara dan didakwa,” katanya.

Hampir 700,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri dari Rakhine ke Bangladesh sejak pihak berkuasa Myanmar melancarkan kekejaman enam bulan lalu yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pembersihan etnik.

Salah seorang peguam berkenaan, Alison Battison, memberitahu akhbar Sydney Morning Herald bahawa keputusan Porter masih boleh dirayu. – AFP/BH Online

Loading...

Previous
Next Post »
loading...