loading...

Selalu ‘Hilang’, Caprice Tak Nak Promosi Lagu Ke?

TAK ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba sahaja naik satu isu apabila kumpulan UNIC memberitahu mengenai sikap pelik artis hip-hop, Caprice.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dikatakan enggan memberi kerjasama bagi mempromosikan lagu duet bersama dengan kumpulan UNIC yang dianggotai oleh Fakhrul, Bazli dan Najdi, berjudul Sedar.

“Lazimnya, persetujuan dibatalkan Caprice pada saat-saat akhir dengan pelbagai alasan termasuk ada mesyuarat atau mahu pergi kerja. Ada juga yang dia sudah beri komitmen, tetapi tidak datang,” kata Fakhrul dipetik daripada BH Online.

Menurut salah seorang ahli kumpulan berkenaan, Fakhrul memberitahu bahawa Caprice cuma beberapa kali sahaja menyertai mereka untuk mempromosikan lagi berkenaan termasuk di stesen radio.

Namun, sejak tahun ini, dia bagaikan ‘hilang’ bagi setiap jelajah promosi yang diadakan.

“Pada mulanya, kami fikir, mungkin hanya beberapa acara saja dia tidak dapat hadir. Tetapi nampaknya, majoriti daripada acara promosi yang diatur, tidak dapat dipenuhi Caprice… Janji tinggal janji,” tambahnya lagi.

Malah, ketiadaan penyanyi lagu Wat Lek Wat Peace itu telah menimbukkan tanda tanya kepada pihak media dan peminat sendiri.

Sedar merupakan hasil ciptaan oleh Omar K dan Ikhwan Fatanna.

“Ketiadaan Caprice memberi kesan dan tampak tidak elok buat kami. Kalau sekali dua dia tak datang, tidak mengapa. Hingga peringkat ini, kami tidak dapat sembunyikan lagi perasaan,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, mereka sememangnya memahami tentang jadual kerja penyayi itu yang padat sehingga membuatkan dia terkejar-kejar dalam melaksanakan tugasannya.

“Saya pernah menghantar WhatsApp kepadanya… Hanya beberapa kali saja mesej dibalas.

“Sejak 22 Februari lalu, semua mesej yang dihantar tidak dibalas biarpun saya yakin dia membacanya. Ini kerana ada tanda atau ‘tick’ biru pada paparan mesej yang dihantar,” ujar Fakhrul lagi.

Tetapi, pesanan khidmat Whatsapp yang dihantar cuma dibalas beberapa kali sahaja sebelum ianya dibiarkan begitu sahaja.

Apa yang lebih memeningkan mereka ialah apabila pegawai perhubungan awam yang telah ditugaskan bagi mempromosikan lagu tersebut telah berhenti kerja dek kerana bimbang jika imej dirinya tercalar kerana sikap tidak professional Caprice itu.

“Kalau ada yang tak kena, ia boleh dibawa berbincang. Kami tertanya-tanya kenapa Caprice jadi begini.

“Kalau diikutkan, hendak saja kami bertanya artis lain yang pernah bekerjasama dengannya,” tambah Najdi pula.

Lagu Sedar  mula dilancarkan pada 26 November yang lalu serta telah ditonton hampir 500,000 kali tontonan di laman YouTube. –MYNEWSHUB.CC/ AH

Loading...

Previous
Next Post »
loading...