loading...

Jom Jumpa Shimmer & Shine Dan Baby Shark Depan Mata Di Sunway Pyramid Cuti Sekolah Ini!

Perhatian buat ibu bapa yang kini sedang menghitung hari untuk bercuti bersama anak-anak sempena cuti sekolah – Sunway Pyramid bawakan khas Pinkfong’s Baby Shark dan juga beberapa lagi karakter Nickelodeon yang pastinya akan membuatkan anak anda tak tenang duduk di rumah.

Selain itu terdapat beberapa lagi aktiviti menarik sepanjang 16 hingga 19 Mac ini. Eh, cakap banyak pun tak guna, mari kami kongsikan terus apa aktiviti yang anak anda boleh sertai sepanjang cuti sekolah kali ini di Nickelodeon Playland.

1. Jumpa Shimmer & Shine (16 sehingga 18 Mac 2018)

Bagi anak-anak yang menjadi peminat setia Shimmer & Shine, ini peluang mereka untuk beramah mesra bersama karakter kegemaran. Bukan selalu boleh jumpa Shimmer & Shine depan mata! Nanti boleh cerita pada kawan lain bila buka sekolah.

2. Panjat Paw Tower & Rasai Keseronokan Tanpa Henti

Ada Paw Tower juga di sini dan rasai keseronokan meluncur dengan laju. Jangan risau, di bahagian bawah menara ini terdapat foam yang pastinya tidak merbahaya dana akan membuatkan si kecil mahu mencubanya berulang kali.

3. Blaze & the Monster Machines – Pantas Dan Mendebarkan

Ini pun pastinya menjadi salah satu kegemaran buat anak anda. Manalah tahu, bakat anak anda sebagai pelumba kerata dapat dicungkil melalui permainan Blaze & the Monster Machines ini.

4. Menyanyi & Menari Bersama Pinkfong’s Baby Shark (16 sehingga 19 Mac 2018 di LG2 Orange Concourse)

Tidak dapat dinafikan, selain anak-anak, ada juga ibu bapa yang sungguh teruja apabila mendengar lagu Baby Shark. Bagi sama-sama merasai kegembiraan bersama anak-anak, jangan lupa untuk sama-sama bawa anak anda ke LG2 Orange Concourse di Sunway Pyramid!

Jadikan musim cuti sekolah kali ini satu kenangan yang menjadi ingatan buat anda sekeluarga dan bagi si kecil, masa yang diluangkan anda bersama mereka pastinya merupakan hadiah yang cukup bermakna.

Jika anda tidak mahu ketinggalan tentang aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah ini, jom ikuti mereka di Facebook Sunway Pyramid dan juga website www.sunwaypyramid.com untuk sebarang maklumat lanjut.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...