loading...

Tarikh Agihan Bantuan 10,000 Komputer Riba untuk PDPR Negeri Sabah

Berita baik kepada seluruh pelajar di Negeri Sabah, sebagaimana info Bantuan Ihsan Komputer Riba ataupun BAIK yang telah diwar-warkan baru baru ini, Kerajaan Negeri Sabah akan mula mengagihkan pemberian komputer riba tersebut bagi pelajar Tingkatan 5 & 6 bermula 19 Julai 2021 sehingga 18 Oktober 2021.

Pemberian bantuan komputer riba ini melibatkan peruntukan sebanyak RM15 juta dan diberikan khusus bagi pelajar yang menduduki peperiksaan penting pada hujung tahun nanti.

Berikut merupakan infografik yang dihebahkan di laman facebook rasmi ketua menteri menjelaskan sedikit sebanyak butiran berkenaan agihan komputer riba ini:

Isi Kandungan

SYARAT BANTUAN

  • Pelajar warganegara berasal dari Negeri Sabah yang akan mengambil peperiksaan SPM, STPM serta STAM pada penghujung 2021
  • Ibu Bapa atau penjaga dalam kategori e-kasi Miskin Tegar
  • Satu komputer untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Pelajar tidak perlu memohon, tapi akan dikenalpasti kemudiannya diagihkan melalui sekolah masing-masing di seluruh Negeri Sabah.

TUJUAN

Agihan komputer riba ini adalah khusus buat pelajar yang akan mengambil peperiksaan berikut:

  • Sijil Persekolahan Malaysia (SPM)
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Agihan bantuan komputer riba ini mensasarkan sekitar 9,842 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) serta sejumlah 158 orang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

Bantuan ini turut bertujuan bagi meringankan beban pelajar yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sekaligus memudahkan urusan pembelajaran secara atas talian (PDPR).

TARIKH AGIHAN

Merujuk kepada infografik yang dihebahkan di facebook ketua menteri, Kerajaan Negeri Sabah akan memulakan agihan bantuan ini pada:

  • 19 Julai 2021 sehingga 18 Oktober 2021

Nota Tambahan:
Kementerian Tugas-Tugas Khas bertanggungjawab bagi menyediakan senarai pelajar yang terpilih mengikut kriteria yang ditetapkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengenalpasti serta menentukan komputer riba yang akan diagih bagi pelajar yang layak.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda memiliki sebarang pertanyaan, terus berhubung dengan:

  • Puan Rosni Leong – 088 369 865
  • Puan Mary – 088 369 890/ 088 369 872

Atau layari https://ift.tt/3aPmyid

Previous
Next Post »
loading...