Bagi penduduk B40 yang tinggal di Wilayah Persekutuan dan terjejas akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dikuatkuasakan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan bantuan menerusi Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0.
Tujuan utama bantuan zakat ini dibuka adalah untuk meringankan beban orang ramai terutamanya golongan B40 yang tinggal di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan PKP 3.0.
Untuk makluman kepada semua, bantuan zakat kecemasan ini adalah bantuan kali ketiga yang disalurkan MAIWP selepas bantuan zakat kecemasan ketika PKP 1.0 dan PKP 2.0.
Permohonan bantuan zakat kecemasan 3.0 ini telah mula dibuka secara online mulai 15 Jun sehingga 30 Jun 2021.
Nilai Bantuan
Pemohon daripada golongan B40 yang layak akan menerima bantuan kecemasan 3.0 one-off sebanyak RM500 daripada pihak MAIWP.Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak MAIWP bagi pemohon yang ingin memohon bantuan zakat Kecemasan ini adalah seperti yang berikut:- Pemohon adalah golongan B40 yang mana pendapatan mereka terjejas.
- Pemohon mestilah tinggal di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.
- Pemohon tidak tergolong dalam penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
- Pemohon adalah bukan penerima Bantuan Kecemasan COVID-19 2.0.
Tidak Layak Memohon
Terdapat beberapa jenis pemohon yang tidak layak untuk memohon bantuan zakat kecemasan ini iaitu:- Penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
- Penerima yang menerima 11 inisiatif yang ditawarkan oleh MAIWP.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah seperti yang berikut:- Layari laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat.
- Klik bahagian ‘Sila Semak dalam Senarai Penerima’ dan masukkan no kad pengenalan serta klik butang ‘Semak.’
- Jika tiada dalam senarai penerima, anda boleh membuat permohonan baharu.
- Klik pada bahagian ‘Pengguna Baru,’ isikan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Di bahagian maklumat pemohon, isikan maklumat yang diperlukan.
- Pemohon juga perlu memuat naik dokumen yang diperlukan.
- Kemudian, klik bahagian ‘Hantar Bantuan Permohonan.’
- Kemudian klik butang ‘Hantar Permohonan.’
Soalan Lazim
Berapakah nilai atau jumlah bantuan yang akan diterima untuk Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 ini?Saya pernah menerima bantuan kecemasan PKP 1.0 namun tidak memohon/gagal ketika memohon bantuan kecemasan 2.0. Adakah saya boleh memohon untuk bantuan zakat kecemasan kali ini?
Boleh. Permohonan perlu dibuat secara atas talian.
Jika saya merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP, adakah saya layak untuk memohon?
Tidak. Pemohon yang merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP adalah tidak layak memohon.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan yang lebih lanjut mengenai bantuan zakat kecemasan ini, anda boleh menghubungi Talian Hotline:- Kuala Lumpur: 012-518 3614/012-512 7614/019-200 7623
- Putrajaya: 011-5949 6216/011-6303 8443
- Labuan: 013-581 6066