loading...

KT Online: Semakan & Pendaftaran Dividen Koperasi Angkatan Tentera

Koperasi Tentera merupakan sebuah koperasi yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Koperasi ini telah ditubuhkan atas tujuan untuk mengambil kira kebajikan para anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan misi utama bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi ahlinya.

Artikel kali ini akan berkongsi lebih lanjut tentang Koperasi Tentera serta cara untuk membuat pendaftaran dan semakan online.

Isi Kandungan

MENGENAI KOPERASI TENTERA (KT)

Koperasi Angkatan Tentera Malaysia (KT) telah ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai sebuah koperasi jimat cermat serta pinjam meminjam (thrift & loan).

Sesuai dengan konsep penubuhannya, koperasi ini telah menyediakan kemudahan menabung yang terjamin buat anggota dengan pulangan serta ganjaran menarik.

Kaedah ini akan menggalakkan ahli koperasi mengurus kewangan dengan lebih berhemah melalui nilai menabung.

Selaras dengan usaha ini, Koperasi Tentera telah memperkenalkan Polisi Pinjaman pada tahun 1966. Polisi ini bertujuan bagi mendidik anggota serta mengurangkan tabiat kerap meminjam yang sering berlaku.

Pada tahun 1976 pula, KT telah memperkenalkan produk insurans berkelompok bagi perlindungan ahli disusuli pelancaran Skim Pendidikan Tinggi pada 1983.

Tahun 90-an menjadi saksi perkembangan KT dengan penerimaan beberapa anugerah seperti Anugerah Kecemerlangan daripada Pertubuhan Koperasi Kebangsaan Malaysia.

Pada 2000-an pula, koperasi ini terus menerima pelbagai anugerah kecemerlangan. Zaman ini juga Koperasi Tentera telah dianugerahkan Sijil Piawaian MS ISO.

Dengan objektif utama bagi menjaga kebajikan warga ATM, KT tidak hanya menawarkan keahlian bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia, bahkan kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia serta pesara ATM.

Selaras dengan visi, misi serta objektif bagi meningkatkan taraf hidup ahli, KT turut menawarkan produk serta perkhidmatan berkaitan kewangan.

PEMBIAYAAN/ PINJAMAN KT & PRODUK LAIN

Antara produk yang telah ditawarkan oleh KT ialah pembiayaan peribadi, perlindungan Takaful, pajak gadai Islam Ar-Rahnu, pembiayaan SME serta kemudahan pelaburan kepada anggota.

Antara pinjaman koperasi tentera yang telah ditawarkan adalah dalam bentuk pembiayaan peribadi berpenjamin dan tanpa penjamin, pembiayaan ekspres, pembiayaan yuran KT, serta pembiayaan takaful dan cukai jalan.

Semua pelan pinjaman ini merupakan pembiayaan Islamik yang patuh kepada Syariah.

Skim takaful bagi koperasi tentera pula telah menawarkan Skim Takaful Berkelompok ATM, Skim Medic KT, perlindungan takaful kenderaan serta takaful am.

Pelan perlindungan takaful yang telah ditawarkan ini ialah hasil daripada kerjasama antara KT dengan syarikat-syarikat takaful yang ada di Malaysia.

Selain daripada pembiayaan peribadi, KT juga telah menawarkan pembiayaan berjangka kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau SME.

Pelan ini juga menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM1 juta dengan tempoh masa 10 tahun.

Antara perkhidmatan KT yang sangat popular adalah Pajak Gadai Ar-Rahnu (AR-RahnuKT). Perkhidmatan ini telah dibahagikan kepada dua iaitu produk utama Ar-Rahnu Prihatin dan Ar-Rahnu Prima.

Ar-Rahnu Prihatin yang membenarkan pinjaman sehingga RM5,000 manakala Ar-Rahnu Prima pula yang membenarkan pinjaman sehingga RM100,000. Produk ini telah ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

PENGENALAN KT ONLINE

Sistem koperasi tentera online iaitu KT Online telah dibangunkan bagi memudahkan ahli untuk membuat transaksi kewangan di atas talian.

Sistem ini bukan sahaja boleh diakses melalui pelayar web, tetapi ianya juga dapat digunakan melalui aplikasi KT Online bagi telefon pintar, Android serta iOS.

Dengan melalui aplikasi ini ahli boleh menyemak baki akaun, melalukan transaksi pindahan wang, serta pembayaran atas talian bagi akaun pembiayaan dan takaful.

CARA DAFTAR KT ONLINE

Sekiranya anda berminat ingin menjadi ahli KT, anda boleh mendaftar koperasi tentera secara online dengan muatturun borang permohonan menjadi anggota di laman web rasmi KT iaitu di pautan https://ift.tt/2TZ8Qnl

Cara Login KT Buat Kali Pertama

Yang berikut ialah merupakan cara untuk anda login buat kali pertama:

  1. Anda perlu masuk ke portal koperasi tentera klik pautan berikut bagi pendaftaran kali yang pertama: https://ift.tt/3dd8znE
  2. Pilih antara jenis pengenalan yang berikut:
    • Tentera ID
    • No Kad Pengenalan
    • No Passport
  3. Klik setuju terma dan syarat dan klik butang teruskan
  4. Klik hantar OTP
  5. OTP akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS)
  6. Masukkan ID pengguna
  7. Cipta dan tetapkan kata laluan
  8. Masukkan semula kata laluan
  9. Pilih imej dan frasa keselamatan
  10. Jawab soalan keselamatan
  11. Pendaftaran anda telah berjaya

Anda juga boleh mendaftar menggunakan aplikasi di telefon pintar : https://ift.tt/2SqxwER

Login Koperasi Tentera (KT Online)

Setelah selesai mendaftar, anda boleh login koperasi tentera anda dengan langkah seperti yang berikut:

  1. Klik pautan https://ift.tt/345SwCX
  2. Masukkan ID pengguna
  3. Tekan teruskan
  4. Sahkan ID pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan
  5. Tekan masuk @ login
  6. Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda

SEMAKAN DIVIDEN

Anda boleh melalukan semakan dividen caruman anda di koperasi secara atas talian sahaja. Berikut adalah cara-caranya:

  1. Klik pautan https://ift.tt/2TZ8Qnl
  2. Masukkan ID pengguna
  3. Tekan teruskan
  4. Sahkan ID pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan
  5. Tekan masuk @ login
  6. Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
  7. Klik pada menu nombor akaun anda
  8. Anda akan dapat melihat transaksi dan baki terkini akaun anda
  9. Jika dividen telah disalurkan, ianya akan dicatat pada bahagian transaksi

MAKLUMAT LANJUT

No 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Hotline: 1-300-8000-58

Previous
Next Post »
loading...