loading...

PEMULIH: Cara Mohon Moratorium Automatik Tanpa Syarat Selama 6 Bulan



Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat berikutan penularan wabak Covid-19 yang sehingga kini masih belum berakhir.

Antara berita baik yang diumumkan berkaitan dengan moratorium bayaran balik pinjaman bank. Berita baik untuk mereka yang tergolong daripada B40, M40 atau T20 dan usahawan mikro.

Kami kongsikan maklumat terperinci kepada anda.

Moratorium 6 Bulan Untuk Semua Peminjam

Moratorium 6 bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20 dan usahawan mikro.


Kemudahan ini ditawarkan juga kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.



Tiada Lagi Syarat Untuk Moratorium

Menurut Perdana Menteri dalam ucapannya, tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Peminjam hanya perlu untuk membuat permohonan dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Tarikh Permohonan

Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021.

Menerusi satu hantaran di facebook bank negara, menjelaskan bahawa kelulusan adalah secara automatik.

Tiada dokumen sokongan diperlukan untuk memohon. Anda cuma perlu untuk menghubungi bank anda bermula 7 Julai 2021.


Maklumat Tambahan

Jangan lupa untuk rujuk bank masing-masing bagi membuar permohonan moratorium automatik pemulih untuk semua golongan bermula 7 Julai 2021.

Untuk maklumat lanjut, layari -  bnm.gov.my/RA
Untuk khidmat nasihat kewangan dan bimbingan, hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) - https://services.akpk.org.my/
Previous
Next Post »
loading...