Sekiranya anda belia yang belum bekerja dan masih mencari kerja, anda boleh untuk mengikuti program PERANTISAN yang telah pun dilaksanakan pada PEMERKASA yang lepas.
Program Perantisan PERKESO di bawah PenjanaKerjaya 2.0 ini adalah lebih baik berbanding dengan program sebelumnya.
Tempoh masa bagi program ini adalah selama 6 bulan yang bertujuan untuk memastikan para belia mendapat latihan yang secukupnya.
Kami kongsikan kepada anda maklumat program kepada anda.
Insentif Bantuan Kewangan
Tempoh latihan yang diberikan adalah selama 6 bulan kepada permohonan baharu. Insentif yang bakal diterima adalah RM800.
Tarikh Permohonan
Dibuka sejak 1 April 2021
Syarat-syarat Kelayakan
Syarat Majikan
- Majikan hanya menggajikan graduan atau lepasan sekolah antara 18-30 tahun sahaja.
- Majikan boleh menggajikan mana-mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh badan-badan yang berkelayakan.
- Setiap perantis yang tersenarai hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.
- Majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan.
Syarat Perantis
- Calon adalah seorang dari kalangan lepasan sekolah atau
- Graduan yang masih menganggur
Tdak Layak Memohon
Anda tidak layak memohon sekiranya:
- Syarikat yang mengambil pelajar Internship
- Bukan warganegara Malaysia
- Pelajar yang belum tamat pengajian
Cara Permohonan
Untuk Majikan
Daftar dan iklankan kekosangan pekerjaan di portal rasmi pengambilan perantis
Buat permohonan insentif di laman sesawang
Perantis / Pemohon
Memohon pekerjaan di bawah program pengambilan perantis
Maklumat Tambahan
Anda boleh untuk menghubungi 1-300-22-8000 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Kredit: Kerjasemasa.com