loading...

Cara Mohon i-Citra KWSP Pengeluaran sehingga RM5,000 Tahun 2021


Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat berikutan penularan wabak Covid-19 yang sehingga kini masih belum berakhir.

KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu maksimum RM5,000 iaitu i-Citra. Menerusi i-Citra, pencarum dapat mengeluarkan amaun maksimum sehingga RM5,000 iaitu RM1,000 selama lima bulan bermula Ogos 2021.

Kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci bantuan PEMULIH ini.

Baca Juga: Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online ~ Semakan Baki Akaun 1 & 2


Syarat i-Citra

Menerusi permohonan baharu i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit. Kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. Berikut merupakan syarat i-Citra:

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  • Memiliki simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.


Cara Mohon Dan Tarikh Permohonan

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my (sedang diselenggara) mulai 15 Julai 2021 sehingga 30 September 2021.

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.


Bulan Pembayaran

Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021, bermula dengan RM1,000 sehingga Disember 2021 untuk melengkapkan jumlah amaun pengeluaran RM5,000.

Previous
Next Post »
loading...