loading...

Permohonan Rayuan & Tarikh Pembayaran BPR Pada Bulan Ogos 2021


Pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 sebagaimana permohonan mereka yang tidak diluluskan, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan rayuan BPR akan dibuka pada 15 Jun 2021.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa proses rayuan akan dibuka bagi memastikan bantuan ini dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Untuk makluman, seramai 8.4 juta penerima telah menerima bantuan BPR pada bulan Februari/Mac dan Mei tahun ini dengan jumlah yang telah disalurkan adalah sebanyak RM4.6 bilion.

Namun, pihak kerajaan mengakui bahawa terdapat rakyat yang layak menerima BPR namun masih belum mendaftarkan diri di dalam data pengkalan kerajaan.

Tarikh Permohonan Rayuan

Kepada mereka yang ingin membuat rayuan BPR, tarikh permohonan rayuan akan mula dibuka mulai 15 Jun sehingga 30 Jun 2021.

Kategori Layak Membuat Rayuan

Terdapat 2 kategori pemohon yang layak untuk membuat rayuan BPR iaitu:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan, dan perubahan pendapatan sahaja.

Kod Alasan Tidak Lulus & Dokumen Sokongan

Kepada pemohon yang ingin membuat rayuan, mereka perlu menghantar dokumen sokongan berdasarkan kod alasan tidak lulus iaitu:

Kod Alasan Dokumen Sokongan Diperlukan
01 Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama/Nombor Pengenalan/Status Kewarganegaraan MyKAD
Pemohon
02 Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) MyKAD/MyPR/MyKAS Pasangan
03 Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) -MyKAD/MyKID Anak; dan
– Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan status Kewarganegaraan)
04 Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon/Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN)
-MyKAD/MyKID Anak; dan
– Sijil Lahir Anak Angkat (bagi pengesahan status Kewarganegaraan)
05 Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan Dokumen
Pengenalan Pasangan
06 Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori
Bujang
– Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
– Dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2020/2021 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas
07 Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat
kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar
Sepenuh Masa
Pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi
tahun 2020/2021
08 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/Pasangan melebihi RM5,000 Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.
09 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi RM2,500 Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.
10 Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.
11 Pemohon/pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian – Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021; atau
– Sijil Pendaftaran Perniagaan sekiranya tidak lulus disebabkan pemohon dan pasangan mempunyai
perniagaan yang sama.
12 Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti Terhad Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari
2021.
13 Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti Terhad Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari
2021.
14 Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari
2021.
15 Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan pemohon/pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) – Dokumen penukaran hak milik kenderaan; atau
– Dokumen penjualan/Pelupusan Kenderaan
16 Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan anak melebihi had kemampuan bagi
golongan berpendapatan rendah (B40)
– Dokumen penukaran hak milik kenderaan; atau
– Dokumen penjualan/Pelupusan Kenderaan
17 Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah/Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000 Tidak perlu sebarang pembuktian Pemilikan Hartanah/Pembelian Saham Hartanah kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan
Malaysia
18 Pemohon tidak menetap di Malaysia/bekerja/belajar
di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysia kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi
yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan
Malaysia
19 Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian – Penyata KWSP pemohon bagi tahun 2020 (jika terdapat potongan satu bulan dalam tahun 2020, boleh dipertimbangkan); atau
– Penyata Pendapatan Tahunan pemohon (EA / EC) tahun 2020 yang dikeluarkan oleh majikan di Malaysia; atau
– Bil utiliti bagi tahun 2021 atas nama pemohon.
20 Semakan mendapati anak pemohon/pasangan
mempunyai pendapatan yang tinggi
Tidak layak rayuan BPR 2021 kerana anak berpendapatan
tinggi dan telah membuat tuntutan pelepasan cukai untuk ibu bapa.
21 Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain Status Kahwin

– MyKAD Pemohon; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)

Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda

– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
– Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak
dalam permohonan)
22 Pemohon wujud sebagai anak di permohonan lain Sijil Lahir
Pemohon
23 Pasangan wujud sebagai pemohon di permohonan lain Status Kahwin

– MyKAD Pemohon; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)

Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda

– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
– Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak
dalam permohonan)
24 Pasangan wujud sebagai pasangan di permohonan lain Status Kahwin

– MyKAD Pemohon; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)

Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda

– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
– Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak
dalam permohonan)
25 Pasangan wujud sebagai anak di permohonan lain Sijil Lahir Pasangan
26 Anak telah membuat permohonan lain Anak berkenaan tidak layak dipertimbangkan
27 Anak wujud sebagai pasangan di permohonan lain Anak berkenaan tidak layak dipertimbangkan
29 Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan -MyKAD Pemohon; dan
– MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
30 Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap -MyKAD Pemohon; dan
– MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
31 Status perkahwinan perlu pengesahan – MyKAD Pemohon; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
32 Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan – Sijil/Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Tuai Rumah/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
– Sijil Lahir Anak (jika melaporkan maklumat anak
dalam permohonan)
33 Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil
Kematian Pasangan
– Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh
JPN; dan
– Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak
dalam permohonan); atau
– Sijil Perkahwinan (pembuktian maklumat
pasangan yang meninggal dunia)
35 Anak meninggal dunia Anak berkenan tidak layak dipertimbangkan
36 Pemohon/pasangan penerima GKP Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat perniagaan kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia
37 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM5,000 termasuk perniagaan
Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga
28 Februari 2021
38 Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan -Slip gaji Mac/April 2021; atau
– Akuan pengesahan pendapatan.
39 Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan
termasuk perniagaan
Pengesahan pendapatan

– Slip gaji Mac / April 2021; atau
– Akuan pengesahan pendapatan

Pengesahan pemilikan perniagaan

– Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga
28 Februari 2021

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan rayuan BPR, terdapat 2 kaedah yang boleh dilakukan iaitu:

Secara Online

  • Layari portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/.
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  • Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
  • Mohon rayuan dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

Penghantaran Borang Rayuan BPR

  • Borang Rayuan BPR 2021 boleh dihantar di Cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.

Tarikh Pembayaran

Pemohon yang berjaya dalam permohonan rayuan BPR akan menerima pembayaran BPR Tambahan dan BPR Fasa 3 pada Ogos 2021.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai rayuan BPR 2021, sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau melayari laman web https://bpr.hasil.gov.my/ untuk mendapat maklumat lanjut.
Previous
Next Post »
loading...