Untuk makluman anda, terdapat 3 jenis semakan BPR yang boleh lakukan di portal bpr.hasil.gov.my iaitu penerimaan permohonan, kelulusan dan yang paling penting sekali adalah semakan status bayaran BPR.
Untuk lebih mudah supaya difahami, sila rujuk gambarajah di bawah:
Untuk maklumat yang lebih lanjut, Sila ikuti perkongsian kami seperti di bawah:
Isi Kandungan
1.SEMAKAN STATUS PENERIMA BAGI PERMOHONAN BPR
Kepada sesiapa yang telah membuat permohonan BPR dan juga telah mengemaskini BPR untuk update status terkini, sila pastikan bahawa permohonan tersebut telah diterima oleh LHDN.
Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
- Log Masuk BPR melalui pautan ini: https://ift.tt/2M7cPe0
- Masukkan nombor MyKad.
- Klik SEMAK.
- Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR.
- Seterusnya, klik PETI MEL > SURAT > PERMOHONAN BPR 2021
- Anda akan dapat melihat paparan yang menunjukkan permohonan berjaya dihantar dan diterima.
Sekiranya anda adalah pemohon baru bagi BPR yang belum pernah daftar BSH, BPN serta BPN 2.0, sila daftar BPR. Pastikan tarikh pendaftaran dan permohonan masih lagi dibuka.
2. SEMAK STATUS KELULUSAN BPR
Apabila permohonan BPR anda telah diterima, bukan bermakna anda akan lulus bantuan ini secara automatik. Anda masih lagi perlu membuat semakan BPR 2021 lulus atau tidak melalui portal LHDN online di bpr.hasil.gov.my
Sila ikuti langkah-langkah untuk buat semakan permohonan BPR seperti di bawah:
- Login BPR melalui pautan ini: https://ift.tt/2M7cPe0
- Masukkan nombor MyKad.
- Klik SEMAK.
- Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR.
- Tekan butang Semakan Status.
- Semak samada anda berstatus LULUS atau TIDAK LULUS.
Jika anda LULUS, sila baca artikel di bawah ini untuk melihat status pengkreditan BPR pula.
Jika anda GAGAL, sila baca bagaimana cara untuk membuat rayuan BPR.
3.SEMAK STATUS PEMBAYARAN BPR DI bpr.hasil.gov.my
Walaupun LULUS, anda perlu menyemak kembali status samada duit sudah dimasukkan ke dalam akaun bank atau belum. Anda masih lagi perlu menyemak status bayaran BPR melalui portal BPR.
Ikuti langkah-langkah seperti yang di bawah:
- Login BPR melalui pautan ini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan nombor MyKad.
- Klik Semak.
- Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR.
- Tekan butang Semakan Status.
- Jika anda berstatus LULUS:
- Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu BPR.
- Ada butang Maklumat BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
- Amaun Keseluruhan BPR Diterima, contohnya RM800,00.
- Anda juga akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu Jadual Bayaran.
- Ada butang Maklumat Bayaran BPR yang anda boleh download.
- Jika tidak, boleh lihat paparan maklumat dalam Jadual Bayaran seperti berikut:
- Tarikh Kredit
- No. Pengenalan Akaun Dikredit
- Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akuan
- Kod Tidak Berjaya
- Nombor Siri
- Tarikh Tunai
- Pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit.
- Pastikan Status Kredit dalam Jadual bayaran adalah Gagal Kredit, Sila dapatkan No Baucer BPR.
4.SEMAKAN DUIT BPR MASUK DALAM AKAUN BANK
Jika anda telah mendapat status LULUS dan Berjaya Kredit, jangan terus pergi ke ATM untuk mengambil wang tunai. Adalah lebih baik jika anda membuat semakan terdahulu samada duit bantuan BPR ini betul-betul sudah masuk ke dalam akaun.
Berikut ialah pautan untuk membuat semakan baki akaun secara online mengikut bank-bank yang terpilih:
- Maybank (maybank2u.com.my)
- BSN (mybsn.com.my)
- Bank Islam (bankislam.biz)
- RHB (rhb.com.my)
- Ambank (ambank.amonline.com.my)
- Agrobank (agrobank.com.my)
- Hong Leong Bank (hongleongconnect.my)
- Affin Bank (affinonline.com)
5. LINK UNTUK LOG MASUK BPR
Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin tidak dapat mengakses link ini kerana terlalu ramai yang cuba login. Bagi mengelakkan dari kesesakan yang disebabkan oleh jumlah pelawat yang tinggi, anda disarankan untuk Log Masuk pada waktu puncak. Contoh 2.00 atau 3.00 pagi.
Ikuti langkah-langkah yang ringkas seperti yang di bawah:
- Layari pautan Log Masuk Bantuan Rakyat di sini: https://ift.tt/2M7cPe0
- Masukkan No Mykad anda.
- Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit.
- Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash.
- Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 750202-11-5355, masukkan 750202115355.
- Tekan butang Semak.
- Selepas Berjaya masuk, anda boleh buat semakan kelulusan permohonan dan juga check status pembayaran BPR.
6. STATUS DALAM MyBPR
Terdapat banyak status Bantuan Prihatin Rakyat yang kadang-kadang membuat pemohon keliru. Di sini, kami senaraikan status MyBPR
- Permohonan Diterima
- Dalam Proses
- Tiada Proses
- Tiada Rekod
- Duplikasi Permohonan
- Gagal Kredit
Akhir Sekali
Berdasarkan gambarajah yang telah kami kongsikan di atas, proses bagi semakan ini adalah berperingkat, iaitu dari fasa penerimaan, kelulusan dan juga pembayaran.
Jadi, anda tak perlu marah-marah dan menyalahkan pihak LHDN kerana kesemuanya perlukan masa. Ada kalanya, pembayaran akan menjadi lambat masuk ke akaun bank kerana pihak bank itu sendiri.
Apa-apa pun, anda kena banyakkan bersabar dan sama-sama kita berdoa agar hidup kita semua dipermudahkan.
Semoga semuanya bermanfaat.