loading...

BSP 3.0: Bantuan Sabah Prihatin



Berita baik kepada rakyat Sabah, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan lebih 154.83 juta untuk melaksanakan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 untuk membantu mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0

BSP 3.0 adalah bantuan tambahan kepada BSP 1.0 dan 2.0 sebelum ini yang telah  memperuntukkan sebanyak RM238,369,318 juta. Bantuan kali ini akan memberikan RM300 secara one-off kepada 370,432 penerima dan bantuan bakul makanan kepada 343,665 penerima.

Bantuan ini akan mula diagihkan tidak lama lagi kepada kumpulan sasaran melalui lapan kementerian di negeri itu selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.




__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini
_________________________________________________________________________

Senarai Bantuan BSP 3.0

Bantuan RM300 akan diberikan kepada:

  • Kategori miskin, miskin tegar & e-Kasih
  • Usahawan mikro & kotej
  • Penjaja kecil
  • Pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baru
  • Nelayan, petani, pekebun sait (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak, pekebun kecil KPD, (pekebun / penternak) dan pekebun kecil LKTNS
  • Pemandu pelancong, penggiat seni, divemaster, malim gunung dan porter (sektor pelancongan)

Bantuan RM1000 - RM5000 (Hotel / Penginapan / Pengusaha Pelancongan)

  • Hotel 4 & 5 bintang - RM5,000
  • Hotel 3, 2, & 1 bintang - RM2,000
  • 3, 2, 1, orkid - RM2,000
  • Persatuan Homestay - RM1,000
  • Hotel yang belum mendapat penarafan - RM1,000
  • Pengusaha pelancongan - RM2,000


Tarikh Pembayaran

Bantuan ini akan diagihkan dalam masa terdekat merangkumi pembayaran secara tunai one-off RM300, pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan bantuan kepada pelajar pengajian awam dan swasta.


Cara Membuat Permohonan Dan Semakan

Anda boleh melayari portal BSP di https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan bantuan covid-19 Sabah, anda boleh menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Previous
Next Post »
loading...