loading...

Cara Mohon Bantuan Warga Emas JKM RM500 Setiap Sebulan 2021



Untuk pengetahuan semua, bantuan untuk warga emas di Malaysia ini diuruskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Antara tujuan bantuan ini diberikan kepada warga emas adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci tentang bantuan ini.

Bantuan Warga Emas Dinaikkan

Melalui belanjawan 2021, Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang.

Dengan syarat, warga emas ini berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas RM500

Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:

  • Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.




Cara Untuk Membuat Permohonan

Untuk melakukan permohonan, sila ikuti segala langkah yang dinyatakan di bawah ini:

  • Layari laman web Bantuan JKM 2021
  • Sila klik pada butang daftar permohonan
  • Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan
  • Setelah selelsai, klik butang daftar
  • Dalam masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk Di SINI
  • Sila bawa bersama segala dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Orang Tua JKM 


Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, anda boleh layari https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php atau sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel: 03-8000 8000
Previous
Next Post »
loading...