loading...

GKP 3.0: Bantuan Kewangan RM1,500, Tambahan RM500 Bermula Julai



Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 diperkenalkan lagi oleh kerajaan bagi menyokong sektor perniagaan khususnya perusahaan kecil dan Sederhana (PKS) mikro tempatan. Hal ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro supaya dapat membantu mereka semula untuk membangunkan perniagaan dalam tempoh masa yang mencabar ini.

Namun begitu melalui pengumuman Bantuan Prihatin 3.0 baru-baru ini, Perdana Menteri ada mengumumkan   tambahan RM500 untuk GKP ini menjadikan jumlah keseluruhan yang akan diterima sebanyak RM1500.

Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang GKP 3.0 dan maklumat tambahan pembayaran RM500 GKP PEMERKASA PLUS ini.


Apakah GKP 3.0?

GKP 3.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Siapakah yang layak menerima dan berapakah nilai bantuan GKP 3.0?

Kelayakan dan nilai bantuan GKP 3.0 adalah seperti berikut:

Layak GKP 3.0                                                      Nilai Bantuan
Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0          RM1,000 (One-Off)
Lulus permohonan baharu GKP 3.0                      RM1,000 (One-Off)


Bilakah tarikh permohonan baharu GKP 3.0 bermula?

Permohonan baharu GKP 3.0 telah dibuka pada 1 April sehingga 15 April 2021 lalu.

Tarikh Pembayaran GKP 3.0?

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai awal Jun 2021 di portal rasmi (https://gkp.hasil.gov.my). Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.


RM500 GKP Tambahan Pemerkasa Plus

Kerajaan akan terus membantu untuk memastikan kelangsungan perniagaan, khususnya kepada PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka. 

Salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan adalah melalui pemberian Geran Khas Prihatin atau GKP. 

Sehubungan itu, sukacita diumumkan kadar GKP akan ditambah sebanyak 500 ringgit kepada 1,500 ringgit. 


Tarikh Bayaran RM500 GKP Pemerkasa Plus

Ini bermakna, hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima 1,000 ringgit pada pertengahan bulan Jun dan 500 ringgit lagi akan disalurkan pada bulan Julai.

Jumlah Keseluruhan Bantuan GKP Tambahan

Bulan Jun akan terima RM1,000
Bulan Julai akan terima RM500

Jumlah keseluruhan ialah RM1,500



Beza GKP Permai Dan GKP 3.0?



Maklumat Lanjut


Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara). Rujuk Soal Jawab GKP 3.0 di sini.


Previous
Next Post »
loading...