loading...

[RASMI] Tarikh Dan Maklumat Penting Pembayaran BPR Tambahan RM500 2021

Ramai pemohon yang masih keliru dengan pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan bernilai RM2.1 bilion yang sepatutnya dibayar pada 29 Jun 2021.

Tahukah anda pembayaran BPR Tambahan ini akan memanfaatkan sebanyak 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.

Kami kongsikan kepada anda tarikh rasmi pembayaran BPR Tambahan yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan.


Tarikh Rasmi Pembayaran Dan Jenis Penerima               

Isi Rumah, Warga Emas dan individu Bujang
  • 30 Jun - 2 Julai 2021       
  •  Terus dikredikan ke dalam akaun bank

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak)

  •   30 Jun 2021                      
  •   Melalui cawangan BSN


Tarikh Pembayaran BPR Fasa 3

Menurut Menteri Kewangan, dijangkakan pembayaran BPR fasa 3 pula akan dilakukan pada September 2021 ini.


Pembayaran BPR Tambahan Mengikut Jadual dan Kategori Penerima


Siapa Layak Terima Bantuan RM500?

Bantuan ini akan diberikan kepada mereka golongan B40 yang hilang pendapatan.

Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.

Bantuan RM500 One-Off Untuk B40 & Penerima BPR

Kami kongsikan maklumat tentang bantuan ini:
  • Penerima tidak perlu untuk membuat pendaftaran
  • Penerima berumur antara 21-60 tahun
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui LHDNM, PERKESO dan KWSP.
  • Individu berstatus bankrap juga diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka


Cara Untuk Menyemak BPR Tambahan RM500

  • Layari portal rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/
  • Log masuk & masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  • Tekan Semak
  • Cara Untuk Permohonan
  • Tidak perlu untuk membuat sebarang pendaftaran permohonan.
Anda boleh semak akaun anda selepas tarikh bayaran diumumkan nanti.


BPR TAMBAHAN

Bagi meneruskan agenda prihatin rakyat, sebanyak 2.1 billion ringgit diperuntukkan bagi menambah kadar BPR.


1. Kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500

- Kadar tambahan BPR adalah sebanyak RM500


2. Kategori isi rumah yang berpendapatan RM2,501 sehingga RM5,000

- Kadar tambahan BPR adalah sebanyak RM300


3. Bujang akan menerima tambahan BPR sebanyak RM100

Tarikh Pembayaran Mengikut Bank-Bank Tempatan

Anda perlu faham bahawa pembayaran ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Justeru itu anda perlu bersabar dan menunggu pembayaran ini.

Maklumat Tambahan


Untuk sebarang pertanyaan anda boleh untuk Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88- 2747.



Previous
Next Post »
loading...