Kepada Orang ramai yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan memerlukan penangguhan bayaran atau pengurangan bayaran balik pinjaman daripada bank, anda kini boleh membuat permohonan menerusi Bantuan Bayaran Balik Pinjaman menerusi inisiatif PEMERKASA Plus.
Untuk makluman kepada anda juga, pemberian Bantuan Bayaran Balik Pinjaman ini adalah sebahagian dari inisiatif kerajaan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) susulan pelaksanaan PKP 3.0
Daripada pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman ini diharap agar dapat meringankan beban orang ramai yang kehidupan mereka terjejas akibat PKP 3.0.
Kepada meraka yang ingin mendapatkan bantuan ini, orang ramai diminta untuk terus menghubungi pihak bank bagi mendapatkan kemudahan bantuan penangguhan atau pengurangan bayaran balik ini.
Mengenai PEMERKASA Plus
Dalam inisiatif PEMERKASA Plus yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 31 Mei 2021 yang lalu, kerajaan telah pun bersetuju memberikan kemudahan moratorium menerusi matlamat kedua PEMERKASA Plus iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat.Dalam perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM),
industri perbankan di Malaysia telah memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman tersebut.
Oleh itu, orang ramai telah diberikan pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium 3 bulan secara automatik atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran
sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.
Dalam inisiatif ini telah melibatkan nilai sehingga RM30 bilion dan dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam yang terjejas akibat PKP 3.0.
Kategori Penerima
Kementerian Kewangan Malaysia telah memaklumkan terdapat 2 kategori penerima menerusi inisiatif ini iaitu:Kategori 1
- Individu hilang pekerjaan (B40, M40, dan T20).
- Penerima Bantuan Sara Hidup/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
- Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.
- Perusahaan Mikro iaitu kemudahan pinjaman dengan jumlah yang diluluskan sehingga RM150,000.
Kategori 2
- Individu M40 dan T20 yang mengalami pengurangan pendapatan (termasuk gaji, elaun, komisen, bayaran lebih masa, dan pendapatan isi rumah).
Jenis Bantuan Diterima
Bagi Kategori 1, mereka boleh memilih jenis bantuan yang ingin diteima sama ada:- Moratorium automatik selama 3 bulan; atau
- Pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% untuk 6 bulan.
Untuk Kategori 2 pula, bantuan yang akan diterima adalah pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurang.
Cara Memohon
Untuk pemohon yang ingin membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:- Hubungi pihak bank masing-masing.
- Maklumkan untuk membuat permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman menerusi kategori yang layak.
- Selepas membuat pilihan pakej, bank akan memproses dalam tempoh 5 hari kalendar untuk peminjam individu, dan 14 hari kalendar bagi peminjam PKS.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas daripada bank mereka dalam tempoh yang ditetapkan atau menghadapi kesukaran berurusan dengan bank mereka boleh menghubungi BNM TELELINK atau isikan borang ini untuk membuat aduan: bnm.my/RAsurvey.
Nombor Telefon Bank
Berikut merupakan senarai nombor telefon pihak bank yang boleh dihubungi:Nama Bank | No Telefon |
Affin Bank Berhad | 03-8230 2222 |
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad |
03-2332 6000 |
Alliance Bank Malaysia Berhad | 03-5516 9000 |
AmBank (M) Berhad | 03-2178 8888 |
BNP Paribas Malaysia Berhad | 03-2179 8361 |
Bank Islam Malaysia Berhad | 03-2690 0900 |
Bank Muamalat Malaysia Berhad |
border-width: 0px 1px 1px 0px; margin: 0px; padding: 8px; text-align: center;">03-2600 5500
CIMB Bank Berhad
03 6204 7788
Citibank Berhad
03-2383 0000
HSBC Bank Malaysia Berhad
1300 88 1388
Hong Leong Bank Berhad
03-7959 1888
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
1300 888 534
MUFG Bank (Malaysia) Berhad
03-2034 8000
Malayan Banking Berhad
1300 88 6688
MBSB Bank Berhad
03-2096 3000
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
03-8317 5000
Public Bank Berhad
03-2179 9999
RHB Bank Berhad
03-2776 3111
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
1300 888 888
Sumitomo Mitsui Banking Corporation
Malaysia Berhad 03-2176 1512 United Overseas Bank (Malaysia) Bhd 03-2616 6800 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
(Bank Rakyat) 1300 800 800 Bank Pembangunan Malaysia Berhad 03-2611 3217 Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) 1300 88 2476 Small Medium Enterprise Development
Bank Malaysia Berhad (SME Bank) 03-2615 2020 Bank Simpanan Nasional 1300 88 1900 Export-Import Bank of Malaysia Berhad
(EXIM Bank) 03-2601 2000
Malaysia Berhad 03-2176 1512 United Overseas Bank (Malaysia) Bhd 03-2616 6800 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
(Bank Rakyat) 1300 800 800 Bank Pembangunan Malaysia Berhad 03-2611 3217 Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) 1300 88 2476 Small Medium Enterprise Development
Bank Malaysia Berhad (SME Bank) 03-2615 2020 Bank Simpanan Nasional 1300 88 1900 Export-Import Bank of Malaysia Berhad
(EXIM Bank) 03-2601 2000
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ra_bm.html?fbclid=IwAR1cCKrO_v30WYPzRabZD-zy4ygMBgpInolGyd3II8u0auaJ2ULUXBOwhnM.
Poco M7 Pro 5g Hadir Dengan Cip Dimensity 7025-ult ...

Petai Tua Jering Muda ...

Pulau Cinta Syawal ...

Prasarana Sedia Enam Van Percuma Untuk Bantu Mangs ...