Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan pakej bantuan COVID-19 dalam skala besar.
Namun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkongsi perkara itu tidak memberi sebarang perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bilakah ia akan diumumkan kelak.
Menurutnya lagi, Khairy tidak mahu mendahului kerana Perdana Menteri yang akan mengumumkan perkara ini.
Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengulas perkara ini pada sesi libat urus Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) yang diadakan secara maya.
Baca juga: BPR Tambahan RM500
Permohonan Baharu i-Sinar RM10,000
Khairy menjelaskan perkara demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh bekas Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri William Cheng berkenaan usaha membantu para peniaga yang berdepan tekanan ekonomi ketika pandemik COVID-19
31 Mei lalu, Perdana Menteri ada mengumumkan RM40 bilion pakej bantuan bagi rakyat mendepani perintah sekatan penuh.
Kerajaan juga telah melancarkan beberapa pakej bantuan ekonomi dengan nilai keseluruhan sebanyak RM340 bilion.
Semoga berita baik ini akan memberikan manfaat kepada rakyat dan golongan yang memerlukan. Sama-sama kita nantikan pengumumannya kelak.
Sumber - astroawani.com