PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH)mendahului Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia dengan majoriti 3,966 undi berbanding PAS.
Berdasarkan maklumat dikemaskini Institut Darul Ehsan, calon PH, Halimey Abu Bakar memperoleh 58.8 peratus dengan 13,252 undi meninggalkan pesaingnya calon PAS Dr Halimah Ali dengan 9,286 undi.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood mengesahkan peratusan pengundi yang keluar mengundi di PRK Seri Setia 43 peratus dan PRK 44 peratus.
Katanya, SPR akan menyemak semula untuk mengetahui sebab penurunan jumlah pengundi keluar mengundi untuk kedua-dua PRK.
” Ada kemungkinan faktor PRU-14 yang baru saja berlangsung empat bulan lalu salah satu sebab pengundi tidak keluar mengundi,” katanya.