loading...

Walaupun Anak Masih Kecil, Tak Salah Ajar Anak Pakai Pakaian Sopan. Didiklah Anak Ikut Cara Islam

Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna. Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah pendidikan. Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama.

Ia bertujuan  untuk mendidikan kanak-kanak pada usia muda amat penting bagi membentuk sifat dan peribadi yang mulia dalam diri mereka.  Hal ini amat penting bagi memastikan mereka dapat menjadi seorang muslim yang sejati dan baik serta  melahirkan Insan Rabbani yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Untuk mendidik anak ia melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

1.Cara komunikasi yang sopan

Haruslah mendidik anak bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik. Anda harus menjaga perilakuan supaya menjadi role model kepada anak-anak semasa anda berkomunikasi dengannya.

2.Doa penerang hati

Sebelum  belajar didik anak membaca doa-doa penerang hati ia termasuk surah Al-Insyirah. Malah Rasulullah  pernah menyuruh Ali RA membaca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, menjadi  tenang, mudah patuh arahan ibu bapa dan tidak banyak meragam.

3.Mini perpustakaan Islamik

Sediakan mini perpustakaan yang bercirikan islamik di rumah  dengan  perbanyakkan pilihan buku-buku berkaitan Islam seperti kisah nabi-nabi dan rasul. Ini akan memupuk nilai membaca dalam diri anak-anak dan mendedahkan kegemilangan Islam dalam diri anak.

 4.Posisi tidur

Jangan lupa ingatkan anak untuk mengamalkan cara tidur mengikut sunnah Nabi SAW.  Pastikan anak-anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar dan lena tidurnya.

 5.Didik anak bawa kelengkapan solat

Jika pergi bercuti atau pulang ke kampung, biasakan kepada anak-anak untuk membawa kelangkapan solat. Dengan ini, mereka akan tahu betapa pentingnya solat sebagai seorang muslim.

 6.Adab makan minum yang baik

Ajari anak makan dan minum dengan sopan. Oleh sebab itu, digalakkan anak membaca bismillah dan alhamdulillah sebelum dan selepas makan.  Sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah. Beritahu juga kepada anak mengenai cara seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.

 7.Lima minit membaca Al-Quran

Digalakkan ibu bapa boleh mengajar anak mereka untuk membaca dan memahami al-Quran. Boleh dilakukan sebelum mereka pergi ke sekolah atau tadika untuk mereka membaca dan memahami al-Quran walaupun hanya 5 minit setiap hari.

 8.Adab baca doa sebelum tidur dan bangun

Didik anak sebaik sahaja bangun membacakan doa bangun tidur dan sebelum tidur. Seeloknya tidur dalam keadaan mengadap qiblat, membersihkan diri kaki dan muka sebelum dan selepas bangun daripada tidur.

9.Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas,

Tandas juga salah satu adab yang tidak boleh diabaikan. Anak-anak perlu didik cara yang betul untuk membuang air kecil atau besar. Juga cara masuk ke dalam tandas antaranya menutup kepala, membaca doa, memakai selipar dan membelakangkan qiblat

 10.Adab dengan ibu bapa

Mendidik anak untuk menghormati dan mengerti pengorbanan ibubapa terhadapnya. Ia penting untuk memberi kesedaran dan bersyukur kerana masih mempunyai kedua ibu bapa.

11.Sembahyang berjemaah

Biarpun anda sibuk dengan kerjaya, pastikan juga ada waktu untuk anda berjemaah dengan anak-anak terutama waktu solat subuh, mahgrib dan Isyak.Suasana seperti ini memberikan aura positif kepada anak dan rumah anda.

12.Bawa anak ke masjid

Jika masjid jauh daripada rumah, tak salah jika membawa anak ke masjid waktu cuti hujung minggu. Laungan azan yang berkumandang dalam masjid sesungguhnya membuatkan jiwa anak menjadi tenang.

 13.Berpakaian sopan

Biarpun anak baru berusia enam tahun, tidak menjadi kesalahan mendidik anak pakaian yang menutup aurat. Cara ini secara tidak langsung didikan awal  buatnya untuk berpakaian sopan.

Kredit gambar: Syazwanieyazip instagram
Kredit Info: Majalah Pa&Ma

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...