loading...

Kasut Emas Liga Malaysia tapi tiada emas

Anugerah kasut emas melambangkan kehebatan pemain dalam menjaringkan gol. Ia juga menjadi acara tahunan bagi kejohanan bola sepak Liga Malaysia.
Tapi tahukah anda bahawa kasut emas itu hanya sekadar nama dan tiada langsung emas pada anugerah itu. Menurut seorang bekas pegawai bola sepak yang pernah menguruskan hal ehwal anugerah tersebut, ianya hanya but biasa yang disembur cat emas.

“Mesti ramai yang ingat Kasut Emas adalah emas tulen. Tapi sebenarnya itu semua wayang kerana sejak penganjuran ABK (Anugerah Bola Sepak Kebangsaan), semuanya adalah but bola yang disembur cat emas saja.

“Saya adalah antara pegawai yang ditugaskan untuk menguruskan mengenai anugerah itu sebelum ini. Biasanya setiap anugerah akan ditaja oleh syarikat berkaitan sukan dan untuk anugerah itu, sebuah syarikat terkenal penaja bagi anugerah itu.

“Malangnya, ia bukanlah sebuah plak yang bersadur emas tapi ia hanya but dalam stor yang dipilih sebelum dicat dengan warna emas. Biasanya mereka akan ambil kasut saiz sembilan. Kemudian kasut itu akan diletakkan dalam plastik lut sinar murah berbentuk empat segi yang kemudiannya diserahkan kepada pemenang.

“Terus terang memang agak memalukan kerana ia tidak menggambarkan prestijnya anugerah itu, sedangkan anugerah sama di luar negara jauh lebih baik dengan menggunakan material berkualiti tinggi,” katanya kepada Arena Metro.

Anugerah Kasut Emas mula diperkenalkan di Liga M pada tahun 2004 dimana bekas penyerang Perak, Indra Putra Mahayuddin merupakan pemenang pertama anugerah tersebut.
“Pernah suatu ketika, penganjur mahu syarikat yang buat trofi Liga Super buat juga untuk anugerah kasut emas. Tapi apabila melihat kepada harganya hingga RM30,000 akhirnya pihak itu batalkan hasrat dan modal trofi itu sebenarnya tak sampai RM1,500 pun,” katanya.

Isu ini mula menadi hangat apabila salah seorang bekas pemenang iaitu Mohd Nizaruddin Yusof mendapati Kasut Emas yang diterima pada 2009 kini telah rosak.
Beliau yang dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super pada tahun 2009 itu berjaya mengondol anugerah itu selepas menjaringkan 18 gol ketika mewakili pasukan Perlis.

Sumber :-HMEtro
HMetro

Memang menyedihkan bila tengok kualiti anugerah tersebut. Kalau kita ingat tahun lepas lagilah teruk anugerah kasut emas yang diterima.
Semoga ia menjadi pengajaran. Mungkin harga sebenar untuk kasut emas itu tinggi tapi mungkin boleh mendapatkan sponsor-sponsor untuk menaja kasut tersebut.

Previous
Next Post »
loading...