loading...

Kejohanan Badminton Kebangsaan 2019 : Joo Ven juara, Soniia Cheah kekal kejuaraan

Kejohanan Badminton Kebangsaan 2019 telah tamat sebentar tadi. Ia menyaksikan pemain pilihan banyak menguasai acara masing-masing.
Dalam acara perseorangan lelaki, Soong Joo Ven menumpaskan Leong Jun Hao selepas lawannya itu terpaksa menarik diri pada perlawanan set kedua akibat kecederaan.
Joo Ven berjaya memenangi set pertama dengan keputusan 21-13 serta mendahului 7-1 pada set kedua sebelum Jun Hao terpaksa menarik diri.
Pemain berusia 23 tahun ini mencatat kejuaraan sulungnya dalam Kejohanan BadmintoN Kebangsaan yang sebelum ini dimenangi oleh Iskandar Zulkarnain pada tahun 2018.

Bagi acara perseorangan wanita pula, Soniia Cheah mempertahankan gelaran dengan menumbangkan rakan sepelatih yang juga juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei dengan keputusan 21-10, 21-14.
Bagi acara beregu lelaki pula Teo EE Yi/Ong Yew Sin menumbangkan Aaron Chiaa/Soh Wooi Yik dengan keputusan 21-12, 21-19.
Ini merupakan kemenangan ketiga bagi pasangan beregu lelaki yang muncul juara pada 2016 dan 2017.
Acara beregu wanita pula dimenangi oleh Anna Cheong/Lim Chiew Sin yang menumpaskan gandingan Cheah Yee See/Teo Mei Xing dengan keputusan 23-21, 21-17.
Dalam acara beregu campuran pula, pasangan Chan Peng Soon/ Goh Liu Ying hampir dikejutkan pasangan Hoo Pang Ron/Shevon Lai Jemie sebelum menang dengan keputusan 17-21, 21-13,21-19.

Previous
Next Post »
loading...