loading...

Selesema & Batuk Lebih 5 Hari, Suhu Tinggi, Kahak Hijau/ Kuning & Sukar Bernafas, Itu Bahaya

Bila anak sakit seperti selesema dan batuk, ibu bapa jadi tidak tenang. Tak tahan si kecil batuk dan merengek kesakitan.

Batuk dan selesema berlarutan sering terjadi. Si kecil tidak terkecuali. Mama papa yang mempunyai anak-anak berusia bawah lima tahun khususnya perlu lebih peka pada kesihatan si manja mereka. Ketika usia ini, kanak-kanak mudah mengalami kesihatan yang berkaitan dengan sistem pernafasan ialah batuk dan selesema.

BATUK SELESEMA SERING TERJADI PADA LIMA TAHUN PERTAMA

Demam selesema adalah antara punca utama batuk berlaku di kalangan kanak-kanak. Sebab-sebab lain yang bleh menjadi faktor penyebab ialah;

  1. jangkitan pada bahagian pernafasan atas atau kerongkong
  2. alahan
  3. asma
  4. batuk kokol
  5. jangkitan sinus
  6. batuk kering.

Namun, batuk yang tidak kronik akan sembuh. Sesungguhnya batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir daripada saluran pernafasan.

Ia dapat menghindarkan jangkitan kuman kepada tekak dan paru-paru. Pada masa yang sama, batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan.

CIRI-CIRI BATUK YANG SERIUS

Dalam beberapa situasi ini, ibu bapa perlu segera membawa anak menerima rawatan iaitu jika mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah, demam, batuk dan selesema.

  • Batuk,selesema disertai demam melebihi 38° Celsius bagi berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39° Celsius bagi bayi berumur bawah setahun.
  • Selesema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.
  • Batuk dan selesema yang tidak sembuh selepas lima hari
  • Batuk dan selesema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami kesukaran bernafas.

Selalunya, si kecil akan dibekalkan dengan antibiotik sekiranya didapati mendapat jangkitan kuman bakteria.

BAWA BAYI MENDAPATKAN RAWATAN

Untuk mengelak batuk menjadi kronik, ibu bapa perlu segera membawa anak mendapatkan rawatan. Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor adalah untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit manakala fisioterapi untuk membantu mengeluarkan kahak.

Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah pernafasan.

 FISIOTERAPI LONGGARKAN KAHAK

Selain ubat dan nebulizer, kaedah fisioterapi dikatakan mampu mengatasi batuk di kalangan kanak-kanak malah juga orang dewasa!

Apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat. Bagi mengelak anak ini meronta-ronta. Namun, jika ia dilakukan di rumah, anda boleh lakukannya tanpa perlu dibedungnya.

Selain menggunakan tangan untuk melakukan tepukan percussion, terdapat alat bantuan untuk melakukan tepukan. Alat bantuan ini untuk menjadikan tepukan percussion menjadi lebih berkesan. Alat bantuan yang digunakan dinamakan sebagai percussion cup.

Bagi bayi bawah 1 tahun, tepukan mesti menggunakan tapak tangan dibentuk seperti cup seperti yang ditunjukkan oleh doktor di dalam video ini.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...