loading...

Kejohanan Duathlon Powerman Asia di Putrajaya Mac ini

Anda peminat sukan lasak yang menampilkan aksi mencabar ketahanan badan? Acara sukan duathlon dunia iaitu Kejohanan Powerman Asia-Malaysia yang menampilkan acara berlari-berbasikal-berlari akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 2 dan 3 Mac 2019.
Terdapat pelbagai kategori termasuk seperti :-

1) Individual Classic (Lelaki/ Wanita)
Jarak 10km (Lari)- 60km (Basikal)- 10km(Lari)

2) Individual Short (Lelaki / Wanita)
Jarak 5km(Lari)-30km(Basikal)- 10km(Lari)

3) Team Relay Classic (Lelaki dan Wanita)
Jarak 10km(Lari)-60km(Basikal)-10km(Lari)

4) PowerKids (Lelaki/ Wanita)
Jarak 0.4km (Lari)-1km(Basikal)-0.4km(Lari) – Umur 5-7 tahun
Jarak 0.8km (Lari)-2km(Basikal)-0.8km(Lari) – Umur 8-10 tahun
Jarak 1.2km (Lari)-3km(Basikal)-1.2km(Lari) – Umur 11-12 tahun

Kalau ada sesiapa nak cuba sukan ni cuba tengok tips ni dulu

Tips First Duathlon

Memang mencabar bagi sesiapa yang tak pernah mencuba sukan ni. Tapi ini mungkin sesuai bagi mereka yang nak cuba sukan triathlon tapi tak pandai berenang.
Semoga yang telah menyertai kejohanan ini akan berada dalam keadaan sihat sejahtera pada hari pertandingan. Kami di Ligakampung.com mendoakan kejayaan anda semua.

Sumber :- Facebook Powerman Dualthon Asia

Sedikit Info Mengenai Dualthon

Dualthon adalah satu bentuk sukan yang melibatkan acara larian, berbasikal dan larian.
Kebiasannya dualthon terbahagi kepada beberapa kategori iaitu :-

1) Jarak pecut – 5km(lari), 20km (basikal), 2.5km(lari)
2) Jarak Standard – 10km(lari), 40km(basikal), 5km(lari)
3) Jarak Sederhana – 10km(lari), 60km(basikal), 10km(lari)
4) Jarak Jauh – 10km(lari), 150km(basikal), 30km(lari)

Kalau anda mempunyai maklumat mengenai dualthon boleh kongsi sekali…

Previous
Next Post »
loading...