loading...

Nauraj Pecah Rekod Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Atlet olahraga kebangsaan, Nauraj Singh Randhawa meleburkan rekod kebangsaan acara lompat tinggi dalam dewan dengan catatan baharu 2.19 meter (m) untuk memenangi tempat kedua Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Erdgas ke-21 di Chemnitz, Jerman semalam.

Catatan tersebut memperbaharui rekod lama dalam dewan kebangsaan 2.15m kepunyaan seorang lagi atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei yang melakukannya sebanyak dua kali di Ostrava, Republik Czech dan Vienna, Austria pada 2012.

Ia merupakan peningkatan prestasi terbaik ditunjukkan Olimpian negara itu yang ketika ini menjalani latihan di Eropah dengan mengeluarkan duit sendiri selain meminjam wang daripada kenalan rapat dan dijadualkan pulang ke tanah air pada Sabtu ini. – K! ONLINE

Tahniah kepada Nauraj. Sudah pasti ia akan memberikan petanda positif kepada sukan lompat tinggi negara apatah lagi Lee Hup Wei juga sedang bertungkus lumus untuk bersaing.

Bila baca tentang mengeluarkan duit sendiri untuk latihan di Eropah, memang agak menyedihkan kerana Nauraj adalah atlet yang kini mampu bersaing di peringkat Asia. Agak merugikan apabila tiada bantuan dari agensi berkaitan. Semoga kejayaan ini akan membuka mata pihak berkaitan.

Previous
Next Post »
loading...