loading...

Botol Simpan Susu Perlu Ditukar Jika Ada Kesan Calar, Berubah Warna Dan Berbau

Susu ibu boleh disimpan dalam pelbagai cara diantaranya dengan menggunakan botol plastic BPA-Free, botol kaca atau plastik menyimpanan susu ibu BPA-Free. Terdapat pelbagai ciri-ciri penting yang harus ditekankan di dalam pemilihan botol plastik untuk tujuan penyimpanan susu ibu.

Faktor yang paling penting jika susu ibu disimpan di dalam botol plastik adalah ia mestilah diperbuat dari bahan BPA-FREE. Bisphenol A (BPA) adalah bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik polycarbonate. Ia digunakan sebagai bahan untuk mengeraskan plastik dan mencegah bakteria dari membiak ke dalam makanan.

Banyak kajian yang dibuat menunjukkan kemudaratan ke atas penggunaan bahan BPA. BPA boleh melarut ke dalam susu apabila ia didedahkan kepada kepanasan yang boleh membahayakan kesihatan bayi seperti apabila botol dipanaskan, disteril atau apabila ada kesan calar di dalam botol.

Di Malaysia, kebanyakan botol susu dan botol penyimpanan susu adalah dari bahan BPA-FREE. Kebiasaannya jangka hayat botol BPA-FREE adalah sekitar 6 bulan atau lebih bergantung kepada keadaan botol. Jika botol ada kesan calar atau berubah warna, ia perlu ditukar segera.

Bila botol penyimpanan susu harus ditukar?

#1 Kesan calar

Kesan calar pada botol boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku pada kawasan yang bercalar dan sekaligus boleh mencemarkan susu yang disimpan. Pembebasan bahan kimia juga boleh berlaku jika terdapat kesan tercalar di kawasan dalam botol susu.

#2 Warna Botol

Warna botol bertukar menandakan telah sampai masa untuk menukar kepada botol yang baru. Kebiasaannya botol bertukar warna disebabkan oleh kekerapan steril secara stim atau menggunakan air yang menggelegak. Pemanasan yang terlampau untuk memanaskan susu juga boleh menyebabkan botol bertukar warna dan dikhuatiri boleh membebaskan bahan kimia dari plastik.

#3 Bau Botol

Jika ada bau yang kurang selesa pada botol, elok ditukar kepada botol yang baru kerana dikhuatiri ada bakteria atau kulat membiak yang menyebabkan bau.

Botol yang tidak digunakan lagi boleh disimpan untuk anak seterusnya hanya jika botol masih elok, tiada kesan calar, tiada perubahan warna, tidak disteril dengan kerap dan tiada bau kurang enak dari botol. Jika ada salah satu dari ciri yang dinyatakan tadi, botol tidak boleh digunakan semula.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...