loading...

Pandelela masih belum menandatangani kontrak Sistem Tier Program Cluster

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menimbulkan kegusaran pada sukan terjun negara apabila masih belum menandatangani Sistem Tier Program Cluster.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu merupakan salah seorang yang masih belum menandatangani kontrak dibawah Majlis Sukan Negara (MSN) selepas tempoh dua minggu tawaran dikeluarkan.

Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum ini meminta atlet yang terlibat untuk menandatangani kontrak itu dalam tempoh dua minggu selepas surat tawaran dikeluarkan.

Surat tawaran Pandelela telah dikeluarkan minggu lalu dan dia kini sudah berlepas ke Sagamihara, Jepun, bagi menyertai Siri Terjun Dunia di sana.

Ia bermakna Pandelela akan terlepas tempoh dua minggu untuk menandatangani kontrak itu.

Situasi itu pasti mengecewakan kerana terdapat beberapa terma dalam kontrak itu sukar untuk mencapai persetujuan daripada kedua-dua pihak.

Walaupun Pandelela enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut, ia jelas menunjukkan terdapat isu persetujuan di antara kedua-dua pihak.

Sumber:-Stadium Astro

Apa agaknya isu yang berlaku antara penerjun negara dan MSN ni? Mungkinkah akan terjawab sedikit masa lagi?

Previous
Next Post »
loading...