Sejak kehadiran Adam Fateh Lee dalam hidup Adam Corrie Lee dan Fazema Mohd Fuad tahun lalu, kehidupan pasangan suami isteri ini makin lengkap.
Mana tidaknya setiap keletah Fateh pasti ditunggu-tunggu kedua ibu bapanya. Dah masuk 7 bulan usia Fateh, si comel ini sentiasa jadi perhatian. Ini kerana wajahnya yang mix Melayu dan Cina sangat cute dengan senyuman manis.
Menerusi perkongsian Corrie baru-baru ini, dia ada memuat naik gambar keluarganya dengan kapsyen yang menarik.
“Muka Abah + Muka Mak @puan_fazi_fuad : Fateh @adamfatehlee. Allah itu Maha Adil.. Maha Penyayang.. Alhamdulillah,” tulisnya yang bersyukur dengan kurniaan cahaya mata itu.
Lagi satu yang menariknya, sejak Fateh mula makan nampaknya Corrie rajin melayan dan menyuap. Mungkin ini pengalaman pertama buatnya dan ditunggu sejak sekian lama.
Dalam satu video yang dimuat naiknya, Corrie sedang menyuap Fateh sambil bercakap bahasa Hokkien.
Seolah-olah Fateh faham apa yang ayahnya cakap. Beruntung sungguh Fateh dapat belajar banyak bahasa.
Sumber: ig adamcorrielee