Selepas pantang anak ketiga, Diana Amir akui kehidupannya kini dah lengkap dengan kehadiran dua anak perempuan dan seorang lelaki.
Walaupun sedikit kelam-kabut menguruskan anak-anak, Diana gembira melihat ketiga-tiganya membesar sekali.
Berkongsi perkembangan terbaru, Diana menjelaskan ketiga-tiga anak bezanya dua tahun. Walaupun masing-masing kecil tapi senang diurus. Ramai juga yang bertanya macam mana saya jaga stamina.
“Tiada apa rahsia pun, cuma saya sentiasa fikir yang positif sahaja. Ini antara yang saya amalkan sejak dari anak pertama lagi. Tiap kali rasa penat, perkara pertama saya tenung wajah mereka. Masa tu barulah dapat kekuatan semula.
“Kedua saya sentiasa beristighfar bila datang perasaan yang bukan-bukan. Alhamdulillah berkesan.
“Saya nak anak-anak gembira lalui kehidupan zaman kanak-kanak tanpa disekat kebebasannya. Jika mereka lakukan kesalahan tetap kena tegur supaya jadi peringatan,” katanya.
Sementara itu, bila orang tanya bab berat badan, setiap ibu pasti akan risau lagi-lagi lepas bersalin. Alasannya sebelum mengandung badan cantik, lepas lahirkan anak terus susah nak dapatkan berat ideal.
Bagi Diana perkara ini bukan satu masalah besar. Ya Diana pun lepas lahirkan anak ketiga masih perlu turunkan lima kilogram lagi untuk dapat berat ideal.
Cuma apa yang Diana amalkan adalah banyakkan minum air kosong setiap hari dan makan kurma. Memandangkan Diana menyusukan anak, sebolehnya tak mahu jejaskan pengeluaran susu.
“Kalau orang lain diet betul-betul, Diana tak adalah sampai macam tu. Bagi Diana pemakanan tetap kena jaga juga. Kalau semua kena hadkan kasihanlah anak,” kongsinya.