loading...

Mohd Azeem : Bakal pencabar Khairul Hafiz Jantan ?

Mungkin terlalu awal untuk mengatakan pelari berusia 15 tahun ini bagi mencabar pelari pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan.
Namun keupayaan Muhammad Azeem di Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara di Filipina minggu lalu boleh dibanggakan.
Kejayaan memenangi emas serta memecah rekod kejohanan dengan catatan 10.69s membuktikan pelari dari Perak itu mampu untuk mencabar barisan pelari senior negara.

Dalam perlawanan akhir itu, Azeem menumpaskan rakan senegara Muhammad Arsyad Md Saat yang mencatat 10.87saat manakala Muhammad Ardiansyah dari Indonesia ketiga dengan 10.98saat.
ahniah diucapkan kepadanya, kami merasa bangga kerana pada usia 15 tahun sudah menjadi pelari terpantas Asia Tenggara bagi peringkatnya. Ia menunjukkan potensi untuk dia melangkah jauh dan menjadi juara masa depan.

“Kami akan memantau dari masa ke semasa dan mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Perbincangan semua pihak terbabit diperlukan kerana dia masih berusia 15 tahun,” jelas Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim.

Kejohanan yang membabitkan atlet bawah 18 tahun berkenaan turut menyaksikan Johan Chang Rigan yang beraksi dalam acara lontar peluru memecahkan rekod kejohanan 18.03 meter, meleburkan rekod atlet Thailand pada 2018 yang melakukan 16.76m.

Secara keseluruhan Malaysia meraih empat emas, empat perak dan dua gangsa.

Sumber :-HMetro

Previous
Next Post »
loading...