loading...

Anak Terdedah Risiko Kanser Bila Besar Nanti, Papa Sila Berhenti Merokok!

Sebilangan besar ibu-ibu cukup prejudis pada mana-mana lelaki yang merokok dikhalayak ramai. Terasa sangatlah mengganggu. Sebenarnya merokok bukan hanya beri kesan pada orang sekeliling, paling penting kesannya pada anak sendiri. Apa sebabnya doktor minta kita berhenti merokok kalau nak anak sihat?

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, merokok sebenarnya boleh meningkatkan risiko kanser pada anak bila anak besar nanti.

PEROKOK TINGKATKAN RISIKO KANSER PADA ANAK


Semalam ada seorang rakan doktor yang mengirimkan satu penerbitan journal mengenai bahaya rokok kepada kanak-kanak.

Tidak kira yang merokok itu bapa atau ibu di sepanjang kehamilan, risiko untuk menghidap kanser seperti leukemia adalah lebih tinggi.

Ini kerana asap rokok bukan saja boleh menyebabkan kerosakan pada DNA sperma tetapi kerosakan pada DNA janin yang sedang membesar dalam rahim.

Gabungan sperma (yang rosak) dengan ovum, atau janin yang telah terhasil (setelah ibu terdedah pada asap rokok) boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan menghidap kanser darah seperti leukemia apabila mereka besar.

Malah rokok juga boleh merosakkan sperma dan ovum, sehingga menjejaskan kesuburan dan mengakibatkan sukar hamil.

Di sebuah negara yang mempunyai ramai perokok, bilangan pesakit leukemia juga lebih ramai. Lebih ramai orang yang tidak subur.

Jadi tukar cara kehidupan kita jika kita mahu sejahtera. Amalkan pemakanan yang seimbang, dan elakkan terdedah dari toksin dari persekitaran seperti asap rokok jika mahu hidup lebih sihat.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...