Pelumba kelas Asia Superbike 1000cc Azlan Shah membanggakan negara apabila mememangi perlumbaan pertama dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) petang semalam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing Team tersebut berjaya memberi tekanan kepada Warokorn sebelum memintasnya ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan lagi untuk ditamatkan sekali gus melintasi garisan penamat dengan catatan 23 minit 21.172 saat.
“Bagi saya ini adalah permulaan yang sangat baik buat kami. Saya akui ia bukan perlumbaan yang mudah kerana keadaan cuaca yang sangat panas di Sepang memberi tekanan kepada semua pelumba.
“Pada perlumbaan tersebut, sukar untuk saya mengekalkan cengkaman tayar dan sebab itu saya hanya mengekori Warokorn. Ketika saya lihat Warokorn melakukan kesilapan apabila hampir tergelincir, saya terus ambil peluang tersebut untuk memintasnya.
“Saya
Pelumba berusia 35 tahun itu turut mengakui gabungan kepakaran mekanik dari Jerman dan Malaysia banyak membantunya dalam mencatat kejayaan di pusingan pertama ini.
“Saya akui prestasi jentera BMW S1000 RR sangat baik kerana kami dibantu oleh gabungan mekanik hebat dari Jerman dan Malaysia. Kami akan kumpul data hari ini (semalam) untuk persiapan esok (hari ini),” ujarnya lagi.
Sumber :-Kosmo
Tahniah Ligakampung.com ucapkan di atas kejayaan Azlan di tempat sendiri. Namun masih jauh perjalanan dan perlu memperbaiki prestasi untuk bersaing .

Terpadamnya Pelita Syawal Lakonan Zamarul Hisham,f ...

Jemaah Penanggal Kampung Lenggong ...

Perempuan Melawan Lara ...

Seluar Dalam Berlubang Meski Kekayaan Capai Rm ...