loading...

Penting Ketahui Perkembangan Bayi 7-12 Bulan. Barulah Tahu Anak Kita Cepat Atau Lambat

“Anak dah berapa bulan? Sudah pandai buat apa?” Mungkin itu antara soalan popular yang orang suka tanya kepada ibu yang ada bayi kecil. Jom semak carta perkembangan anak anda.

Ketahui kemampuan anak melalui carta perkembangan anak daripada usia tujuh hingga 12 bulan. Secara tidak langsung ia membantu anda memantau perkembangan anak.

1. Mula kenal orang yang berada di sekelilingnya atau yang biasa dilihatnya.

2. Mampu menolak barang yang tidak diingini.

3. Suka permainan mudah seperti ba ba cak. 

4. Boleh mengangkat tangan tanda ucapan selamat tinggal.

5. Memberikan respon apabila namanya dipanggil.

6. Mula berguling, duduk dengan tegap tanpa bantuan sokongan.

7. Merangkak dengan laju terutama ke tempat sasaran.

8. Berdiri dengan berpegang pada sesuatu misalnya perabot dan bertatih secara perlahan-lahan apabila tangannya dipegang.

9. Kedua belah tangan digunakan untuk mengambil atau mengangkat sesuatu objek.

10. Boleh mengambil objek besar atau kecil.

11. Mula boleh menyuap makanan jejari atau menggunakan sudu dengan sendiri.

12. Boleh bertepuk tangan.

13. Membuat bunyi seperti da-da, ma-ma, ba-ba.

14. Memahami frasa mudah seperti “tidak”, “hilang”, “jangan” dan “susu”.

15. Menyukai alat permainan berirama.

16. Melihat pada persekitaran apabila mendengar bunyi-bunyian.

17. Daya penglihatan masih terhad iaitu hanya sebesar kismis.

18. Akan tersenyum apabila melihat wajahnya sendiri di cermin.

19. Boleh melihat pelbagai jenis warna.

20. Akan menangis apabila orang yang dia kenali pura-pura meninggalkannya.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...