loading...

Semakin Susah Tidur, Payah Bangun Bila Duduk, Tandanya Dah Menginjak Ke Minggu Akhir Kehamilan

Menginjak ke minggu-minggu akhir kehamilan, ibu hamil mudah berasa letih dan semakin tidak berdaya membawa perut yang membesar. Menghitung hari menanti kelahiran yang dinanti sejak berminggu-minggu lalu amat mendebarkan.

Emosi ibu hamil pada trimester ketiga ini tidak sama dengan emosi ibu hamil pada trimester pertama dan kedua. Jika trimester pertama ibu bertungkus lumus melawan ketidakselesaan yang dialami sementara trimester kedua pula ibu melayan keinginan tekak yang ingin mencuba bermacam makanan. Tetapi trimester ketiga ibu semakin sukar menggerakkan badan dengan selesa seperti dahulu.

Antara yang sering dialami oleh ibu hamil iaitu kesukaran untuk bangun kembali daripada pembaringan dan sukar untuk kembali berdiri setelah duduk. Selain dari itu, ibu juga akan berasa sangat sensitif pada bahagian payu dara sehingga jika tersentuh sedikit pun akan sakit.

Selain daripada itu emosi ibu juga semakin tidak menentu. Ibu jadi tidak senang duduk memikirkan saat kelahiran yang semakin hampir. Menitip kisah pengalaman teman yang sudah melalui proses melahirkan anak menambahkan lagi rasa gementar ibu. Namun sedikit sebanyak perkongsian pengalaman dapat dijadikan bekalan apabila diri sendiri melaluinya kelak.

Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh ibu saat menghitung hari ini, kecuali banyakkan berehat, bertenang, melakukan kerja-kerja akhir mengemas peralatan ibu dan bayi dan menyiapkan kerja-kerja akhir di pejabat (jika bekerja) sebelum bercuti panjang.

Apa pun ketidakselesaan dan  ketakutan yang dirasakan, proses melahirkan anak perlu dilalui dengan penuh kesabaran dan keberanian.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...