Susu ibu adalah anugerah semulajadi sejak bayi dilahirkan. Tapi, ada sesetengah ibu susunya tidak keluar walaupun dah bersalin.
Hingga sampai satu tahap kerana risau bayi tak cukup susu, ibu akan cari alternatif dengan memberikan susu formula sebagai back up. Bila keadaan ini berlaku dan bayi dah pun selesa menyusu botol akhirnya hasrat penyusuan eksklusif tak kesampaian.
Perkongsian dari FEED by Ummi Najla mengenai 13 tip pengeluaran susu yang berkesan boleh membantu ibu.
1) Prinsip utama yang perlu diambil perhatian oleh ibu
2) Susukan bayi dengan lebih kerap dengan lekapan yang betul supaya bayi dapat mengosongkan payudara secara efektif.
3) Memulakan penyusuan pada payudara yang bermasalah supaya susu dapat di keluarkan sebanyak mungkin.
4) Sekiranya ibu berasa sakit, boleh dimulakan dengan payudara yang tidak sakit sehingga berlakunya refleks ejeksi susu. Selepas susu mengalir laju, alihkan kepada payudara yang bermasalah.
5) Gunakan tekanan pada payudara(breast compression) dengan berhati-hati bagi membantu mengeluarkan lebih susu daripada payudara yang bermasalah.
6) Gunakan pelbagai posisi supaya susu daripada semua bahagian payudara dapat dialirkan keluar.
7) Posisi terbaik adalah hidung ataupun dagu menunjuk ke arah bahagian yang tersumbat.
8) Urut bahagian yang tersumbat ke arah puting dengan menggunakan jari yang disapukan dengan minyak bagi mengelakkan ia melecet.
9) Membuat tuaman panas ataupun sejuk pada payudara sebelum menyusu bagi membantu aliran susu berjalan lancar sambil mengurutnya.
Tuaman dan urutan yang berkesan dapat menolak susu yang tersumbat di dalam saluran menuju ke arah puting.
10) Urut payudara sambil mandi dengan air panas bagi tujuan yang sama.
11) Rendam puting di dalam air seketika bagi menghilangkan saki baki susu yang sudah kering di puting bagi membuka aliran susu yang tersumbat.
12) Perah susu menggunakan tangan bagi mengeluarkan baki susu selepas sesi penyusuan.
13) Perah susu sekiranya ibu tidak dapat meneruskan penyusuan kerana pelbagai sebab.
Sumber: FEED by Ummi Najla (Kredit dari Dr Faridah Idris
Buku Terbitan dari PTS Millenia Sdn Bhd)