loading...

Mandi Kolam Awam, Bayi Terdedah Rembesan Pernafasan Orang Batuk, Selesema & Demam. Jangkitan Paru-Paru Mudah Berlaku

Hati-hati bila nak bawa bayi mandi di kolam awam. Tempat tertutup yang sibuk juga tingkatkan risiko jangkitan paru-paru kepada bayi.

Bayi mempunyai antibodi yang masih lemah. Mereka sangat mudah mendapat jangkitan. Jangkitan paru-paru selalunya terjadi melalui pemindahan cecair atau rembesan pernafasan daripada pesakit yang mengalami simptom seperti batuk, selesema dan demam.

Oleh itu, elakkan bayi daripada berada di dalam tempat yang tertutup dimana terdapat ramai orang yang mungkin tidak begitu sihat. Ini adalah antara faktor risiko yang kerap dikaitkan dengan jangkitan paru-paru.

HATI-HATI KE KOLAM RENANG AWAM

Walaupun jarang berlaku, terdapat juga sebahagian kuman yang boleh merebak melalui air sekiranya air tercemar oleh sisa kumuh manusia atau haiwan seperti tikusJangkitan boleh berlaku sekiranya bayi tertelan atau tersedut air ke dalam sistem pernafasan.

Oleh itu, langkah-langkah  harus diambil untuk memastikan kebersihan air kolam  terjamin dari pencemaran dan memantau bayi semasa aktiviti berenang agar tidak tertelan atau tersedut air kolam.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...