Bermula dari pertengahan August sehingga Oktober 2018 terdapat 4 kes jangkitan Botulisme melibatkan bayi di laporkan. Jangkitan yang menyerang saraf ini JARANG berlaku dan menimbulkan tanda tanya bagi anggota kesihatan.
Siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Texas mendapati ke empat empat mangsa di dapati TIDAK mempunyai sebarang pertalian,mereka tinggal di tempat yang berbeza.
Teka teki terjawab apabila keluarga mangsa mengesahkan telah memberi bayi bayi tersebut puting getah yang mengandungi madu yang di beli di Mexico.
Berikutan insiden ini, FDA telah mengeluarkan amaran khas kepada ibu bapa dan orang dewasa untuk TIDAK memberikan puting getah yang mengandungi madu.
Amaran turut dikeluarkan untuk TIDAK memberi madu kepada bayi yang berusia kurang dari 1 tahun.
BOTULISME
✅ Botulisme adalah penyakit serius yang berpunca dari toksin yang di rembeskan oleh bakteria Clostridium botulinum
✅ Madu mungkin tercemar dengan bakteria ini dan mengakibatkan jangkitan apabila spora masuk ke saluran penghadaman, tumbuh dan menghasilkan toksin.
✅ Toksin botulinum akan MENGHALANG saraf daripada melepaskan bahan kimia ( acetylcholine ) dan seterusnya mengakibatkan gangguan saraf termasuk lumpuh.
Selain dari madu, Botulisme juga boleh berpunca dari sumber lain termasuk makanan dalam tin dengan kandungan asid yang rendah dan jangkitan luka yang cemari dengan tanah.
Apakah gejala Botulisme?
✅ Gejala biasanya bermula dengan kelemahan otot yang mengawal mata, mata akan kelihatan kuyu dan tidak bermaya.
✅ Sekiranya saraf di muka, mulut dan tekak terjejas, bayi akan mengalami kesukaran untuk menghisap susu dan menelan..
✅ Apabila ia merebak ke tengkuk dan tubuh badan, bayi akan mengalami kesukaran untuk mengawal pergerakan kepala dan tengkuk . Seluruh tubuh badan akan menjadi lemah seperti pesakit lumpuh.
✅Keadaan akan menjadi kritikal sekiranya Botulisme melemahkan otot-otot yang membantu dalam pernafasan.
✅ Situasi ini yang menjadikan penyakit ini sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan KEMATIAN.
Bilakan Madu boleh di berikan?
Madu boleh diberikan kepada kanak-kanak berusia LEBIH setahun.
Pada ketika itu, kanak-kanak telah memiliki bakteria lain dalam saluran pencernaan mereka untuk mencegah bakteria botulisme tumbuh dan menghasilkan toksin.
Peringatan untuk masyarakat
✅ Peringatan ini di sampaikan agar ibu bapa berwaspada kerana produk puting getah bermadu ini mungkin boleh di dapati secara jualan di dalam talian.
✅ Infomasi ini juga penting sebagai pesanan kepada ibu bapa dan orang dewasa untuk mengelakkan pemberian madu kepada bayi berusia kurang dari 1 tahun.
Sumber:
1.https://www.fda.gov/…/…/SafetyAlertsAdvisories/ucm626013.htm
2. https://www.livescience.com/64135-honey-pacifiers-botulism.…
3. Public Health Malaysia