loading...

Bayi Sanggup Tunggu Ibu Balik Nak Mengempeng Sampai Malam. Oh Penatnya! Ibu Boleh Buat 4 Tips Ini

Bayi suka mengempeng, tak bagi peluang mama berehat lepas balik kerja seolah-olah tak cukup susu.  Oh penatnya rasa!

Menurut Dr.Nurhaya Yacob, Perunding Laktasi dari Dr Nurhaya Lactation Center, ia adalah keadaan yang dinamakan penyusuan secara reverse cycle. Reverse cycle adalah satu fenomena di mana bayi lebih banyak atau sering menyusu pada waktu petang atau malam berbanding waktu “biasa” iaitu  siang hari.

Keadaan ini adalah salah satu tindak balas normal bayi apabila  ibu tiada kerana sedang bekerja, atau sedang sibuk dengan urusan lain walaupun bayi ada bersama ibu. Namun begitu, hal ini tidak terjadi ke atas semua bayi.

3 FAKTOR PENYUSUAN SECARA REVERSE CYCLE

a)KELIRU SIANG DAN MALAM

Reverse cycle  biasa terjadi kepada bayi-bayi yang baru lahir. Ini kerana bayi   masih berada dalam keadaan keliru di antara siang dan malam. Hal ini boleh juga terjadi di saat berlakunya aselerasi pertumbuhan atau growth spurt di mana  pada fasa yang pendek ini, si comel lebih kerap terlihat menyusu terus di dada ibunya.

b)MENUNGGU IBU

Manakala apabila bayi yang tinggal bersama pengasuh semasa ibunya bekerja, ibu-ibu sering di beritahu bahawa tidak mahu minum atau minum susu ibu terlau sedikit. Mereka hanya meminum susu ibu sekadar untuk menghilangkan rasa dahaga atau mengurangkan sedikit rasa lapar. Malah sanggup menunggu kepulangan ibu untuk mengempeng lebih lama ketika bersama ibu.

c)KETIKA PENYUSUAN MELALUI BOTOL DIPERKENALKAN

Fenomena reverse cycle ini sering berlaku di saat ibu sudah mula bekerja atau si comel baru dikenalkan dengan pemberian susu melalui botol apabila berada bersama pengasuh, atau ketika ibu  sibuk di siang hari, sehingga memendekkan tempoh penyusuan pada waktu siang. Maka dengan itu,  si comel lebih banyak “melekap” di payudara ibu pada malam hari atau pada saat ibu berehat.

TIP HADAPI REVERSE CYCLE BAYI BARU LAHIR

Sering kali di katakan bahawa bayi yang baru lahir lebih banyak menyusu di malam hari berbanding siang hari kerana kekeliruan yang berlaku di antara siang dan malam. Bagi mengatasi masalah seperti ini, ibu atau bapa di nasihatkan untuk

  1. Tidak menidurkan bayi di dalam ruang yang gelap pada siang hari dan elakkan menyalakan lampu di malam hari.
  2. Biarkan siang hari dan malam hari seperti mana fitrah kejadiannya agar dapat mengelakkan kekeliruan.
  3. Ibu boleh cuba ‘mengganggu’ bayi agar kekal terjaga supaya mereka boleh tertidur nyenyak pada sebelah malam hari. Namun begitu, hal ini bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

REVERSE CYCLE BAGI IBU BEKERJA AGAK MELETIHKAN

Reverse cycle pada sesetengah ibu yang bekerja beranggapan ia adalah satu hal yang mudah kerana bayi hanya memerlukan beberapa auns susu sahaja untuk di bekalkan kepada pengasuh mereka.

Namun ada juga segelintir ibu yang berasa sangat risau terhadap masalah ini kerana merasakan bayinya mendapat susu yang sangat sedikit dan bimbang sekiranya reverse cycle akan mengganggu tumbesaran si anak.

Ada segelintir ibu merasakan proses ini sangat melelahkan kerana mereka tidak medapat tidur yang cukup kerana si comel  ingin berterusan melekap bersama ibu. Co-sleep  atau tidur bersama bayi dan menyusukan si comel dalam posisi berbaring merupakan salah satu cara untuk membantu ibu-ibu agar melalui proses ini dengan lebih mudah. Malah banyak yang mendapati ia sangat seronok kerana merasakan proses ikatan bersama si comel seolah-olah lebih rapat kerana waktu siang yang sibuk bekerja. Carilah posisi yang paling selesa untuk menyusukan si comel supaya penyusuan menjadi satu proses yang sangat mudah.

Sebaliknya ada juga segelintir ibu yang merasakan ia adalah sangat melelahkan kerana tidak mendapat istirahat yang cukup. Yakinlah ibu, pengorbanan ini sangat berbaloi apabila kita melihat ke hadapan dengan semua kelebihan-kelebihan yang diperoleh melalui penyusuan susu ibu.

TIP HADAPI REVERSE CYCLE BAGI IBU BEKERJA

Tidak ada satu cara yang pasti untuk mengatasi masalah ini, namun antara cadangan yang boleh ibu-ibu laksanakan ialah,

a)Susukan bayi sehingga kenyang sebelum berangkat ke tempat kerja. Di tempat kerja ibu boleh meneruskan proses pemerahan seperti biasa.

b)Elakkan pemerahan susu sebelum pulang dari kerja kerana bayi akan ternanti-nanti saat bersama ibu untuk memulakan penyusuan. Dan pasti mereka akan jadi sangat marah kerana menyusu pada payudara yang kosong..

c)Bagi bayi yang sedang mengalami aselerasi pertumbuhan atau growth spurt adalah sukar untuk ibu tentukan berapa lama anak akan berterusan menyusu secara kerap. Namun begitu, bayi akan segera kembali seperti sedia kala apabila aselerasi pertumbuhan itu berakhir.

d) Ibu perlu fahami yang reverse cycle ini hanyalah satu fasa peralihan dan adaptasi di mana ia tidak akan memudaratkan bayi. Apabila fasa ini berakhir, semua akan kembali seperti sedia kala.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...