Pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang gagal untuk memungut pingat pada Kejohanan Dunia kali ini selepas kandas di pusingan kelayakan acara pecut.
Beliau hanya menduduki tangga ke 30 daripada keseluruhan 34 pelumba selepas hanya mencatat masa 10.022 saat.
Prestasi ini juga mungkin akibat kemalangan yang berlaku ketika dalam acara keirin pada Jumaat lalu sekaligus memberikan kesan kepada keputusan.
“Sejujurnya memang terkilan, tetapi setakat itu sahaja yang mampu saya berikan dengan keadaan kondisi badan, selepas terlibat di dalam kemalangan semalam (Jumaat).
“Seperti biasa, selepas tamat kejohanan besar saya dan
“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya dan pasukan.
“Kalah sekali bukan bermaksud kalah selamanya, yang penting kita terus mencuba dan bangkit dari kekalahan ini. Insyaallah,” katanya.
Pelumba lain iaitu Mohd Shah Firdaus pula hanya menduduki tangga ke 31 dengan masa 10.090 saat manakala Muhammad Firdaus Mohd Zonis di tangga ke 34 dengan catatan 10.24s.
– BERNAMA

Teruja Nak Jumpa Mingyu Seventeen, Peminat Mula Be ...

Apa Barangan Menarik Boleh Bawa Balik Dari Aos 202 ...

Misteri Kehilangan Terjawab, Enam Sekeluarga Ditem ...

Kereta Dinaiki Enam Beranak Dipercayai Terbabas Se ...