loading...

'RM500 tu jadilah cik kak oi' - kata netizen, tapi peguam jelaskan jumlah itu sebenarnya tak mencukupi

Berita bekas suami Elly Mazlein meminta nafkah anaknya dikurangkan dari RM1,500 ke RM500 menjadi bualan netizen. Ramai yang mengecam tindakan bekas suami yang dilihat lebih mementingkan bayaran bulanan motosikal berkuasa tingginya itu. Tidak kurang juga yang berkata Elly Mazlein sepatutnya bersyukur dengan jumlah mampu diberi bekas suaminya itu. 

"RM500 tu jadilah cik kak oi. Banyak cekadak la ko. Ko kan suka gelek-gelek, goyang-goyang sejak jadi janda ini. Mesti banyak job punye," kata Jeff Ismael yang kemudian dikecam hebat oleh netizen. 


Bagaimanapun menurut pandangan peguam wanita ini, jumlah RM500 itu sebenarnya tidak mencukupi dan meminta netizen khususnya golongan suami baca dan faham dengan penjelasan mudahnya itu mengenai nafkah anak selepas bercerai dengan isteri.

Kisah bekas suami artis muda telah membuat permohonan untuk mengubah kadar nafkah anak dari RM1,500 ke RM500 sebulan dengan alasan kurang mampu. Membaca komen pembaca akhbar, majoriti mengatakan jumlah RM500 itu memang tidak mencukupi. Ada juga yang kata, si ibu patut menyumbang biayai nafkah anak mereka. Bak kata omputih, share responsibility.

Ada beberapa isu nafkah yang ramai perlu faham dan hadam. Mari kita bincang secara umum kerana isu nafkah ini memang isu yang sentiasa menjadi masalah kepada isteri apabila bercerai dengan suami. 

1. Tanggungjawab siapakah untuk menyediakan nafkah anak? 

Jawapannya terang lagi bersuluh iaitu Ayah-Bapa-Daddy. Bukan Mommy, Mama atau ibu yang harus memikul tanggungjawab tersebut. Sila rujuk Surah Al-Baqarah, Ayat 233. 

Kalau tidak tahu mengenai perkara ini, sila pergi kursus perkahwinan sekali lagi dan sentiasa hadir ke masjid mendengar ceramah tentang tanggungjawab sebagai suami dan ayah.

2. Be realistic. RM500 sebulan untuk nafkah bayi. 
Mari kita buat kira-kira yang paling 'kedekut'. 

Susu formula: RM25 x 3 = RM75
Lampin: RM50 x 3 = RM150.
Makanan bayi: RM100
Perubatan: RM100
Insuran: RM100

Jumlah keseluruhan: RM525

Berdasarkan RM500, anak itu tidak dapat membeli barang keperluan lain seperti pakaian dan lain-lain. Ini belum lagi campur perbelanjaan kecemasan dan keperluan 2-3 bulan sekali seperti injection vaksin dan lain-lain.

3. Isu pengasuh/taska (RM200-RM400)

Begitu ramai yang komen mengatakan jika bekas isteri bekerja dan mengambil pengasuh untuk menjaga anak tersebut, maka upah pengasuh/taska adalah dibawah tanggungjawab ibu. Ini adalah komen yang paling kurang cerdik.

Apabila bercerai, ibu yang membayar sewa rumah, ansuran kereta, bil elektrik, bil air, petrol. Ibu yang menyediakan tempat tinggal anak dan ibu jugalah yang membayar keperluan lain untuk anak. Jika si ibu tidak keluar bekerja, bagaimana dia mahu menanggung kehidupannya sendiri dan anak-anaknya? 

Realiti selepas bercerai/masih berkahwin, ibu juga menanggung sebahagian nafkah anak-anak walaupun itu bukan tanggungjawabnya. Jika tanggungjawab menyediakan nafkah anak pun tidak mampu, manakan mampu lelaki yang bernama ayah berkahwin baru dan mempunyai anak-anak lain dengan isteri baru. Bukan menghalang lelaki dari berkahwin lain tetapi jangan sampai nafkah anak terabai. Harus berpijak di bumi yang nyata. 

Jangan kedekut dengan anak sendiri, anak kan rezeki. Bagaimana rezeki nak masuk kalau dengan anak sendiri pun kita sekat nafkah mereka? Dan jangan sesekali kerana berdendam dengan bekas isteri, anak pula yang menjadi mangsa.

Sesi 1: Prosedur Menuntut Nafkah Anak Selepas Perceraian 


Sesi 2: Prosedur Tuntutan Nafkah Selepas Perceraian

Previous
Next Post »
loading...