loading...

Nabila Huda Tertekan Tengok Lakonan Pelakon Baru

Bila bercerita tentang lakonan, memang tidak dapat dinafikan bahawa Nabila Huda mampu membawakan watak dengan sangat menjadi. Namun luahan hati Nabila terhadap pelakon baru yang dipetik daripada mStar Online ini rasanya ramai yang setuju. Malah bagi Nabila sendiri, ada sesetengah daripada mereka hanya mengejar populariti.



“Sekarang ramai pelakon baru yang hanya kejar populariti dan letak harga yang tidak sama dengan kualiti lakonan mereka. Kadang-kadang ada juga saya tertonton drama Melayu kerana anak saya peminat drama Melayu, namun saya jadi tertekan melihat lakonan mereka”

“Dulu masa saya mula dalam bidang ini drama pertama Blok 404 saya terima bayaran RM600 sahaja, itu sudah termasuk promosi seluruh negara. Tapi lama kelamaan harga itu akan meningkat mengikut kualiti kerja kita. Bayaran adalah soal kedua. Insya-Allah akan meningkat mengikut tahap kualiti kita,” kongsinya.

Walaubagaimanapun, menurut Nabila Huda, dia tidak berhadapan dengan masalah sekiranya perlu berlakon bersama dengan pelakon baru dan sentiasa bersikap terbuka.

“Saya terbuka sahaja jika berlakon dengan pelakon-pelakon baru tapi mereka terbuka ke untuk bergandingan dengan saya? Alhamdulillah, setakat ini semua yang digandingkan dengan saya adalah yang berbakat dan berpengalaman,” katanya lagi.
Previous
Next Post »
loading...