Selepas memuat naik foto beliau bersama anak-anak serta suaminya, Gavin Edward O’luanaigh di akaun Instagramnya semalam, ramai yang beranggapan pelakon Serina Redzuawan sudah berbaik semula dengan Gavin. Ini kerana, mereka kelihatan penuh dengan senyuman diwajah mereka seakan tiada sebarang kemelut rumah tangga yang berlak
Walaubagaimanapun, Serina memberitahu hubungan baik mereka berdua hanya kerana anak-anak dan Serina tetap akan meneruskan perceraian.
Selepas saya muat naik gambar tersebut, memang ada komen pengikut yang beranggapan kami sudah berbaik dan tidak akan bercerai. Tetapi, hakikatnya tidak seperti itu. Gambar tersebut diambil ketika kami sekeluarga berada di sekolah anak-anak bagi menghadiri aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah.
Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tristan Tareef, 6, serta Isabella Saffiya, 5.