PETALING JAYA: Aktres Fiza Abdul Halim akhirnya membuka mulut tentang teka-teki perkahwinan kali ketiganya dengan seorang juruterbang berstatus duda yang tersebar sejak Ahad.
Fiza, 36, berkata, dia dan lelaki bernama Aizat Al Jefri Abdul Kudus itu dinikahkan dalam sebuah majlis tertutup di kediaman adiknya di Cyberjaya, dekat sini pada Disember 2016.
"Alhamdulillah, ya memang saya sudah berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda anak dua pada akhir tahun lalu.
"Dia bertugas sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan swasta sejak sembilan tahun lalu," ujarnya kepada mStar Online.
Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim ini dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga selepas foto-foto mesranya bersama seorang lelaki tersebar di laman sosial.
Dalam pada itu, pelakon Nana Tanjung ini berkata, dia tidak berniat untuk untuk merahsiakan perkahwinan tersebut, sebaliknya memilih untuk mendahului kehendak keluarga.

"Saya bersyukur dan bahagia sungguh pun pelbagai gosip, cacian dan tomahan yang dilemparkan sebelum ini. Saya tidak berniat untuk merahsiakan daripada semua orang, tapi saya mahu mendahulukan keluarga.
"Biar Allah sahaja yang tahu hubungan kami halal, buat apa nak cerita sana sini? Bukan semua orang nak mendoakan kita yang baik-baik," ujarnya.
Dalam pada itu, Fiza berharap dengan penjelasan ini, dapat memberi jawapan kepada soalan kepada orang ramai.
Dia juga ingin melayari perkahwinan ketiga ini dengan lebih baik.
"Buat semua peminat mohon doakan kebahagian kami kekal dan harap ini kali perkahwinan terakhir sebelum kami tutup mata.
"Kami berdua akan cuba yang terbaik untuk perkahwinan kali ni dan akan saling memahami, bertolak ansur dan yang paling penting bersabar dalam apa jua keadaan.
"Fahami erti hidup dan lettakkan Allah dalamm hati, insya-Allah semua akan berjalan lancar," katanya.
Fiza pernah berkahwin dengan penyanyi Adam dan ia merupakan perkahwinan keduanya.
Mereka bernikah pada September 2013 tetapi tidak dikurniakan anak.
Adam dan Fiza bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk semula pada tahun sama.
Namun, tahun lalu, Fiza sekali lagi nekad menuntut cerai kerana melihat hubungan mereka tidak boleh dipertahankan lagi.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fiza pernah bernikah dengan Ahmed Farriq dan dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryanna, 9, dan Feeya Adyrra berusia lapan tahun.