PETALING JAYA: Seorang pelajar dilihat tenang walaupun cedera di bahagian muka dipercayai akibat tercucuk besi selepas basikal yang ditunggangnya terjatuh ke dalam longkang.
Gambar-gambar pelajar lelaki berkenaan dalam keadaan mukanya berlumuran darah telah menjadi tular di media sosial.
Difahamkan, dalam kejadian di Kuala Selangor itu,
Gambar-gambar pelajar lelaki berkenaan dalam keadaan mukanya berlumuran darah telah menjadi tular di media sosial.
kanak-kanak berkenaan mahu membetulkan sampin yang dipakainya ketika menunggang basikal menuju ke sekolah.
Turut difahamkan, dia tidak memakai baju sekolah kerana sekolahnya mengadakan rumah terbuka pada hari tersebut.
Berdasarkan satu daripada gambar yang tersebar, pelajar berkenaan dilihat telah dibawa ke hospital dan telah menerima rawatan.
Rata-rata netizen menyifatkan kanak-kanak ini kuat semangat apabila dia kelihatan tidak panik atau meraung di tempat kejadian.
Malah, dalam keadaan muka di bahagian kiri sedang berbalut, dia masih sempat membuat isyarat 'peace' ketika gambarnya diambil di hospital.

Samsung Galaxy S25 Edge Rasmi Slim Tapi Berkuasa ...

Langgar Suami Isteri Di Highway, Pemandu Navara ...

Kalau Nak Kurus Elakkan Buah Berisi Kuning ...

#mas2025: Honda Cb1000 Hornet Sp 2025, Naked Bike ...