loading...

Nama anak seperti Malaikat Jibril, ini pesan Imam Besar kepada Datuk Shahrul Nasrun

Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin menjadi pertikaian netizen apabila memberikan nama anak seperti malaikat Jibril walaupun tidak seperti yang dimaksudkan Shahrul.
Dalam pada itu, isteri Shahrul, Fatin Amira Zainal Abidin selamat melahirkan bayi lelaki pada Jumaat lalu. Bekas tunang kepada penyanyi Adira itu turut berkongsi nama anaknya iaitu Jibriel Khan
Memetik portal mStarOnline, Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya iaitu Ustaz Hazaruddin Baharuddin yang berkata nama-nama malaikat boleh digunakan, namun perlu bersandarkan dengan nama lain.
"Kebanyakkan ulama berpendapat tiada kesalahan menggunakan nama malaikat tapi biarlah ia mengikut sifat malaikat itu. Elakkan menamakan anak dengan nama malaikat penjaga neraka iaitu Malik Zabaniah.

"Selain nama-nama Allah, nama malaikat juga perlu disandarkan dengan nama lain, iaitu tidak boleh hanya satu nama. Ia perlu ada dua perkataan seperti Muhammad Jibril," ujarnya kepada mStar Online, pada Rabu.
Previous
Next Post »
loading...