NAMA aktor dari Uzbekistan, Daler Yusof semakin melonjak gara-gara tular video dia tersentuh dada Nelydia Senrose semasa membonceng motosikal dibawa aktres itu bagi penggambaaran drama.
Semasa bertemu Daler atau nama penuhnya Daller Ysusof Khamrokulov Muhammad, 25, di Menara Star beberapa hari lalu, pelbagai soalan diajukan untuk melihat reaksi dia selain mengukur tahap komunikasinya.
Ternyata, pengalaman berada di Malaysia sejak 2010 untuk menuntut ilmu mampu mendedahkan Daler dengan corak dan budaya masyarakat negara ini.
Dia mengambil masa selama dua tahun untuk fasih berbahasa Melayu termasuklah memahami beberapa bahasa pasar yang sinonim digunakan dalam dunia hiburan namun loghatnya masih lagi berbunyi bahasa Inggeris.
Percaya atau tidak, walaupun sudah dua tahun melibatkan diri dalam dunia lakonan, Daler menguruskan dirinya sendiri tanpa menggunakan khidmat pembantu atau pengurus.
Tengok… tak macam sesetengah artis kita, baru dua bulan berlakon sibuk ‘pasang’ pengurus dan PA (pembantu peribadi).
Malah Daler menggunakan perkhidmatan GrabCar sahaja untuk bergerak kemana-mana destinasi khususnya memenuhi undangan temu janji.
Malah Daler menggunakan perkhidmatan GrabCar sahaja untuk bergerak kemana-mana destinasi khususnya memenuhi undangan temu janji.
Jom baca lapan perkara anda harus tahu tentang Daler.
1. Ketika terpeluk bahagian dada Nelydia, ada rasa ghairah atau tidak? Orang lelaki kan?
Tak ada… sebab saya tak sedar pun terkena dada dia. Bila tengok video baru tahu. Kalau saya buat dengan sengaja… mungkin kot… hahaha
2. Dah jadi pelakon, bahasa-bahasa yang digunakan dalam dunia hiburan apa yang you tahu?
Macam-macam saya tahu. ‘ Mak ayam’, ‘ anak ikan’, ‘adik-adik’, ‘ mak-mak’.
*** (Mak ayam: Biasanya digunakan oleh jurusolek artis, pereka fesyen bagi menggambarkan senioriti masing-masing. Anak ikan: Lelaki muda kacak yang menjadi perhatian. Adik-adik : Lelaki-lelaki lembut seperti maknyah. Mak-mak: Bahasa ganti diri ‘saya’ biasanya digunakan oleh golongan ‘adik-adik’)
3. Sekarang tinggal dengan siapa?
Saya menyewa bilik.
4. Apa perkara pelik teman serumah?
Seorang tu orang Pakistan… Entahlah saya tak suka dia. Seorang lagi ‘adik-adik’, dia cuba goda saya, nak pegang-pegang. Akhirnya saya terpaksa pindah.
5. Agak-agaknya berapa jam kalau balik Uzbekistan?
Biasanya saya balik dalam lapan jam baru sampai naik direct flight dari KL
6. Dah sampai airport nak balik ke rumah berapa lama pulak?
Jauh… 10 jam baru sampai rumah. Balik dari KL lebih dekat berbanding untuk ke rumah saya dari airport.
7. Tu diaaaa… ‘hulu’ (pedalaman) jugalah kampung you?
Ya… dah sempadan Afghanistan.
8. Tak ada domestic flight?
Biasanya bapa saya jemput walaupun jauh 10 jam. Selepas lalu kawasan gunung-ganang dan bukit-bukau baru sampai rumah.